fbpx
Now Reading
10 Juadah Berbuka Yang Popular Di Bazar Ramadan

10 Juadah Berbuka Yang Popular Di Bazar Ramadan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bazar Ramadan merupakan destinasi popular pada bulan puasa. Pengunjung kebiasaanya mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain untuk dicuba.

Malah, ibu-ibu bekerja yang tidak sempat pulang ke rumah untuk menyediakan masakan juga boleh membeli lauk ataupun makanan berbuka untuk keluarga tersayang.

Terdapat pelbagai juadah yang disediakan di bazar Ramadan, dari hidangan utama sehingga ke pencuci mulut. Jom lihat 10 hidangan popular wajib ada di bazar Ramadan.

#1 Roti John

Foto: Tehpanas

Walaupun dianggap mudah dan boleh dibuat dirumah sahaja, namun ramai yang menyukai roti john di bazar Ramadan kerana boleh didapati dalam roti bersaiz panjang. Bukan itu saja, ia juga disediakan dalam beberapa ramuan berbeza dan yang paling menjadi kegemaran penulis adalah roti john ayam special yang ditekap dengan cheese dan bila mengigitnya memang nikmat inti ayam bersalut telur, mayonis, sos cili dan sos blackpepper yang sangat menyelerakan!

#2 Murtabak

Foto: Infonet

Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan yang popular semasa bulan Ramadan. Sesetengah orang menikmatinya dengan kuah bawang cuka, manakala ada juga yang gemar makan dengan kuah kari. Apatah lagi jika inti atau isinya banyak dan cukup rasa, lagi bertambah sedap untuk dimakan!

#3 Ayam Percik

Foto: Dreamstime

Kalau masuk bazar nampak asap berkepul-kepul itu memang tempat dia lah tu! Haa siapa tak tahu ayam percik? Ayam percik ni memang ramai yang beratur untuk beli. Mana tak nya, dia punya aroma sahaja pun dah cukup membuatkan kita rasa tak sabar nak makan isi ayam tu.

#4 Kebab

Foto: Bestrecipe

Kebab juga merupakan menu berbuka yang sangat sedap dan menyelerakan. Bagi peminat daging dan ayam, kebab antara makanan pilihan untuk berbuka. Ia dipanggang selapis demi selapis, dagingnya empuk dan tidak terlebih masak. Ia biasanya diapit dalam roti pita yang lembut di tambah dengan sos cili, mayonis dan sayuran seperti salad. Sungguh menyelerakan!

#5 Popia Basah

Foto: Pa&Ma

Popiah basah adalah antara kuih popular dan dicari-cari pengunjung bazar Ramadan.
Bila bercakap mengenai gerai popiah, suasananya memang meriah. Jika anda perasan gerai popiah selalunya kena beratur panjang kan? Itu saja sudah cukup membuktikan bahawa popiah memang salah satu kuih yang digemari ramai.

#6 Sate

Foto: Tourplus

Sate juga merupakan juadah yang sentiasa ada di mana-mana bazar Ramadan. Tidak kira di bazar Ramadan mana anda pergi, bau sate pasti membuatkan semua orang tertarik. Ia dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan bawang. Hidangan tradisional ini pastinya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa.

#7 Tepung Pelita

Foto: Wiserplus

Kalau sebut kuih Tepung Pelita tentu sahaja ramai bersetuju kuih ini adalah antara kuih muih yang dicari-cari ketika membeli juadah di bazar Ramadan. Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ini merupakan pencuci mulut paling digemari sepanjang Ramadan. Lazimnya ia dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.

#8 Air Tebu

Foto: Hellodoktor

Selain air buah-buahan, air tebu juga merupakan pilihan kebanyakkan individu yang datang ke bazar ramadan. Tidak kira panas atau sejuk, pasti ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkan minuman ini untuk dijadikan air juadah berbuka puasa. Malah air tebu dikatakan air yang boleh mengembalikan tenaga setelah keletihan berpuasa seharian. Dapat minum air tebu memang nikmat.

#9 Ikan Bakar

Foto: Foodadvisor

Hidangan ikan bakar termasuk aneka seafood yang dibakar dan dihidangkan dengan air asam atau pun sos pencicah yang enak pasti membuka selera semasa menikmati nasi putih sewaktu berbuka. Selalunya ikan bakar yang paling laris adalah terubok, pari, sembilang, keli, kembong, siakap dan cencaru.

#10 Nasi Tomato

Foto: Selangorbazarrakyat

Kalau dalam bulan puasa tu tak pekena nasi tomato memang tak lengkap rasanya. Nasi tomato yang dihidangkan dengan ayam masak merah ini sentisa menjadi pilihan ramai di bazar. Mana tak nya, lauk ayam masak merah memang digemari ramai. Tambah lagi ia dipadankan dengan acar, fuh memang sedap!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.