fbpx
Now Reading
Iklan Puasa McD Tentang Rakyat Malaysia Bekerja Di Singapura Undang Sebak Netizen [Video]

Iklan Puasa McD Tentang Rakyat Malaysia Bekerja Di Singapura Undang Sebak Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Ramadan pada kali ini merupakan Ramadan kedua umat Islam menjalani ibadah puasa dalam suasana pandemik. Lebih menyedihkan apabila ada rakyat Malaysia yang tidak dapat bersama-sama merasai nikmat ibadah itu dengan ahli keluarga disebabkan oleh perintah larangan merentas negeri dan juga sempadan antarabangsa.

Baru-baru ini, McDonalds Singapura telah menerbitkan sebuah video bertemakan Ramadan mengenai rakyat Malaysia yang terpaksa menjalani ibadah puasa di negara itu tanpa orang yang tersayang di sisi.

Video yang berdurasi dua minit lebih itu memuatkan kisah mengenai Samsuri dan beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di negara maju tersebut.

Kebanyakannya berpendapat bahawa mereka terpaksa kuat semangat mencari rezeki di perantauan atas dasar komitmen untuk kesenangan hidup keluarga masing-masing.

Ia kemudiannya dimuatnaik kembali oleh seorang pengguna Twitter @_NazriH dan telah mengundang rasa sebak di kalangan netizen.

“Jangan nangis dekat sana, semoga terus kuat.”

Ada juga yang berpendapat ianya merupakan sebuah pendekatan yang hebat oleh McDonalds Singapura dan McDonalds Malaysia dalam usaha mengumpulkan kembali keluarga yang sekian lama terpisah.

“Buat yang berada di negara luar untuk mencari rezeki, anda adalah hero sebenar.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.