fbpx
Now Reading
Misteri Tangan Dalam Gambar Pengantin Cetus Tanda Tanya

Misteri Tangan Dalam Gambar Pengantin Cetus Tanda Tanya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pengantin mana yang tidak teruja untuk melihat foto semasa perkahwinan sendiri kan? Namun, siapa sangka gambar semasa majlis perkahwinan yang dimuat naik telah mencetuskan tanda tanya oleh orang ramai.

Kelibat tangan di belakang pengantin

Seorang wanita yang baru sahaja melansungkan perkahwinan baru-baru ini terkejut apabila ternampak tangan misteri di belakangnya dalam gambar tersebut.

Melalui video yang dikongsi oleh pengguna TikTok yang bernama @syeira_eira, dia memuat naik gambarnya ketika sedang berjalan sambil diiringi pengapit dan seorang mak ciknya.

Terdapat sesuatu yang ganjil apabila ternampak satu kelibat tangan seseorang tangan seseorang di belakang Syeira seperti tangan orang tua yang tidak berinai. Justeru, ramai yang mempersoalkan tentang kelibat tangan tersebut dan mengaitkan ia dengan kejadian misteri.

Hanya sedar selepas baca komen Facebook

Difahamkan, Syeira hanya menyedari tentang kelibat tangan itu selepas membaca komen daripada rakan-rakannya di Facebook yang menegur dan bertanya tentang perkara itu.

@syeira_eira

Bila pos dekat fb ramai yang komen gambar ni. Baru tengok balik 😭 #fypdongggggggg #foryourpage #fyp #fypシ

♬ BGC Drama Effect – whozmanzz

Video yang telah viral di aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu itu telah mendapat sebanyak 1.1M views, 41.5K likes dan 2.1 shares di TikTok sehingga artikel ini ditulis.

Foto: TikTok

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa itu kemungkinan tangan makhlus halus kerana nampak seperti tangan pucat yang tidak berinai.

Walaubagaimanapun, ramai juga yang bersetuju bahawa memang ada orang yang mengikut di belakang wanita itu kerana terdapat tudung dan bajunya di dalam gambar.

“Ada orang kat belakang tu, siap nmpak tudung lagi.”

Foto: TikTok

Foto: TikTok

Foto: TikTok

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.