fbpx
Now Reading
Pemain Beraksi Di European Super League Akan Diharamkan Sertai Piala Eropah & Piala Dunia

Pemain Beraksi Di European Super League Akan Diharamkan Sertai Piala Eropah & Piala Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam peminat bola sepak seluruh dunia hangat memperkatakan mengenai keputusan 12 kelab terkenal Eropah yang akan menyertai kejohanan baru iaitu liga persendirian, European Super League (ESL)

Antara kelab yang bakal menyertai ESL pasukan BIG 6 EPL dan juga gergasi Seria A dan juga La Liga iaitu :

  • Atletico Madrid
  • AC Milan,
  • Arsenal
  • Barcelona
  • Chelsea
  • Inter Milan
  • Juventus
  • Liverpool
  • Manchester City
  • Manchester United
  • Real Madrid
  • Tottenham Hotspurs 

Keputusan ini mendapat reaksi pelbagai dari peminat namun majoritinya dilihat kurang senang dengan keputusan tersebut.

Namun satu yang pasti keputusan tersebut mendapat reaksi negatif dari pihak bewajib seperti UEFA, dan pengendali Liga-liga di Eropah sendiri.

Ada yang berpendapat kesemua pengurusan 12 pasukan ini mementingkan diri demi mengejar ‘wang besar’ sekaligus akan ‘membunuh’ permainan bola sepak di Eropah sendiri.

Malah ramai merasakan kewujudan ECL pastinya akan menyebabkan UCL (European Champions League) kehilangan seri memandangkan kesemua 12 pasukan ini adalah terbaik di Eropah.

Ini sekaligus akan menyebabkan ramai peminat 12 kelab ini di seluruh dunia akan beralih kepada kejohana ECL sekaligus membunuh kelab-kelab kecil yang turut beraksi di UCL.

Terbaru, menerusi laporan Goal, Presiden UEFA, Aleksander Ceferin mengeluarkan kenyataan bahawan tindakan kesemua pasukan tersebut seolah menghina sukan bola sepak.

Enggan memandang ringan perkata tersebut Ceferin berkata terdapat beberapa tindakan yang akan diambil oleh mereka terhadap pemain dan pasukan pasukan berikut bagi peringkat Eropah antaranya diharamkan terlibat dalam sebarang kejohanan dan Piala Eropah termasuk Piala Dunia.

”Pemain-pemain daripada 12 buah kelab ini bakal diharamkan daripada menyertai kejohanan Piala Dunia dan Piala Eropah.

”Kami akan melaksanakan segala jenis sekatan yang boleh kami lakukan,” katanya dipetik dari Goal.

Sekiranya ianya benar dilaksanakan, majoriti nama-nama besar di dalam dunia bola sepak seperti Ronaldo, Messi, Antoine Griezmann, Harry Kane,Suarez, Pogba, Salah, Sergio Ramos, dan ramai lagi mungkin tidak lagi kelihatan di pentas Eropah dan Antarabangsa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.