fbpx
Now Reading
Bersungguh Diajak Buka Puasa Bersama, Lelaki Ini Kecewa Rakan Langsung Tak Muncul

Bersungguh Diajak Buka Puasa Bersama, Lelaki Ini Kecewa Rakan Langsung Tak Muncul

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Satu perkara yang boleh menjanjikan keseronokan sewaktu di bulan Ramadan adalah apabila boleh meluangkan masa berbuka puasa dengan rakan-rakan. 

Tambah pula di musim pandemik ini, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pergerakan di kawasan orang ramai, jadi ianya merupakan satu kepuasan untuk mengembalikan keceriaan bersama kawan sendiri..

Namun perasaan dikhianati rakan yang kita percaya juga merupakan sesuatu yang mungkin pernah dirasai, ia termasuklah situasi tiba-tiba mereka ‘missing in action’ walaupun sudah berjanji untuk berbuka puasa atau keluar bersama-sama.

Tular baru-baru ini seorang pengguna TikTok @finnfrhnx telah diajak oleh rakannya untuk berbuka puasa bersama tapi tidak memunculkan diri sehingga masuk waktu berbuka.

@finnfrhnx

This is why i have a lot of trust issuez with people hurmm :/ #fypシ #fyppppppppppppppppppp #fyp #shouldbeme

♬ original sound – AmirArshad🔱 – AmirArshad🌻

Dalam video yang dikongsi, kawannya telah bersungguh-sungguh mengajaknya berjumpa untuk berbuka puasa bersama-sama tetapi akhirnya kesemua mesej yang dihantar langsung tidak dibalas. 

Dia kemudiannya terpaksa berbuka puasa sendirian walaupun telah menempah kerusi untuk dua orang pelanggan.

Menerusi kapsyen yang telah ditulis, ia merupakan satu daripada sebab dia mempunyai ‘trust issue’ terhadap seseorang.

Dia yang ajak, dia yang tak datang

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen telah meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan perkara yang terpaksa dihadapi oleh lelaki tersebut.

“Dah pernah rasa, bff sendiri buat.”

Ada juga yang menceritakan pengalaman mereka terperangkap dalam situasi yang sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.