fbpx
Now Reading
Gigih Suap Makanan Sendiri, Pemuda OKU Ini Tetap Bersyukur Dengan Ujian Diberi

Gigih Suap Makanan Sendiri, Pemuda OKU Ini Tetap Bersyukur Dengan Ujian Diberi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sebagai manusia biasa, kita seringkali cuba untuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain, terutamanya dalam aspek rupa paras dan juga penampilan diri. Walhal ia merupakan perkara biasa kerana manusia dicipta dengan kelebihan masing-masing.

Di sebalik perasaan yang timbul dalam diri itu, masih ada golongan yang kurang bernasib baik termasuklah individu yang dilahirkan dalam bentuk fizikal yang kurang sempurna. Mereka sejak kecil lagi diuji untuk berdepan dan hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Walaupun begitu, mereka masih tabah dan cekal dalam meneruskan kehidupan kerana perkara itu bukan penghalang untuk golongan ini menjalani kehidupan dengan baik seperti insan yang lain. Hal ini berkait rapat dengan kisah seorang pemuda berkelainan upaya, Amir Azam.

Amir difahamkan tidak dapat menggunakan tangannya dengan baik sejak kecil dan hanya berkerusi roda untuk bergerak.

Tiada yang tolong suapkan makanan kalau sahur sendirian

Oleh kerana tangannya tidak berfungsi dengan baik, dia perlu meminta pertolongan orang lain untuk menyuapkan makanan.

Tetapi di bulan Ramadan ini, dia terpaksa melakukannya sendiri terutamanya sewaktu sahur dimana dia kebiasannya bersendirian di rumah.

Dalam video yang dikongsi melalui akaun TikTok miliknya, Amir dilihat sedaya upaya cuba untuk menjamah burger sehingga mukanya hampir mencecah ke lantai.

@amirazam94

Allah berikan nikmat kehidupan janganlah kamu persia-siakan nya 🤗##fyp ##fypシ

♬ bunyi asal – Amir Azam

Menerusi kapsyen yang ditulis, dia mengingatkan untuk tidak mempersia-siakan nikmat yang telah Allah kurniakan.

“Allah berikan nikmat kehidupan janganlah kamu persia-siakannya.”

“Aku minta maaf tak dapat suap hang makan macam dulu…”

Rata-rata netizen telah meluahkan rasa sebak di ruangan komen posting tersebut. 

“Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan awak.”

Ada juga yang tidak terlepas mendoakan agar dipermudahkan segala urusan dan yang terbaik untuk Amir.

“Teringat kakak saya pun macam awak jugak.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.