fbpx
Now Reading
Lupa Tanggalkan Contact Lens Semasa Tidur, Gadis Alami Detik Cemas Selama 7 Jam

Lupa Tanggalkan Contact Lens Semasa Tidur, Gadis Alami Detik Cemas Selama 7 Jam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Jika dahulu pemakaian kanta lekap adalah untuk membantu mengatasi masalah penglihatan seperti masalah rabun. Ia merupakan pilihan alternatif bagi individu yang tidak menggemari pemakaian kaca mata.

Namun kini, pemakaian kanta lekap bukan lagi hanya berkaitan dengan masalah penglihatan semata-mata tetapi ia juga dilihat sebagai aksesori untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang individu terutama bagi wanita.

Detik cemas semasa tanggalkan contact lens

Melalui satu perkongsian video oleh seorang wanita Indonesia yang bernama Widyawihardian di TikTok, dia menceritakan pengalaman seorang pekerjanya mengalami detik cemas apabila menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan kanta lekap dari matanya.

Difahamkan sebelum itu, gadis tersebut terlupa untuk menanggalkan kanta lekap tersebut sebelum tidur selama tiga jam.

Dalam video berkenaan, ia memaparkan gadis itu sedang cemas dan bersungguh-sungguh untuk menanggalkan kanta lekap jenis ‘soft lens’ itu dari matanya.

@wdh__

omg syok liatnya 😱@fittashalsabilla

♬ SI GOBLOK – Awan

Mata jadi pedih dan bengkak

Seterusnya, Widya mengatakan pekerjanya itu terpaksa menahan sakit dan ketidakselesaan selama tujuh jam oleh kerana tidak dapat menanggalkan kanta lekap itu dari matanya. Gadis itu turut mengatakan matanya menjadi pedih dan bengkak.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral sejak beberapa hari lalu itu telah mendapat sebanyak 9.7M views, 695.5K likes dan 3.2K shares di TikTok.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata nasihat mengenai cara yang betul menggunakan kanta lekap dan ada juga yang pernah mengalami nasib yang sama berkongsi pengalaman mereka.

Foto: TikTok

Foto: TikTok

Semoga video ini menjadi pengajaran untuk semua pengguna ‘contact lens’ supaya lebih berhati-hati serta peka dengan cara pemakaian dan penjagaan kanta lekap kerana ia memerlukan penjagaan yang sangat teliti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.