Now Reading
Tindakan Lelaki Ini Beli Semua Jualan Bazar & Sedekah Kepada Orang Ramai Raih Pujian Netizen

Tindakan Lelaki Ini Beli Semua Jualan Bazar & Sedekah Kepada Orang Ramai Raih Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Amalan sedekah merupakan amalan yang mulia dan ia bukanlah setakat memberi kebaikan kepada insan yang menerima, malah kepada mereka yang menghulur bantuan juga.

Pada bulan Ramadan, ramai orang yang mengambil peluang bersedekah dan juga menyumbang rezeki kepada orang lain untuk bersama-sama mengumpul pahala di bulan yang mulia ini.

Seperti video yang viral di laman Instagram ini, ia memaparkan seorang usahawan lelaki yang juga merupakan seorang pengasas jenama kosmetik yang telah membeli semua makanan dari beberapa gerai para peniaga bazar Ramadan.

Dalam video tersebut, ia memaparkan pengasas produk yang dikenali sebagai Iddin Syah telah berkunjung ke Bazar Ramadan Seberang Jaya di Pulau Pinang. Dia kemudian pergi ke beberapa buah gerai dan membeli semua makanan yang dijual.

Sedekah makanan kepada pengunjung

Pengasas produk itu turut meminta para peniaga tersebut supaya memberikan makanan itu secara percuma bagi pengunjung yang mahu membeli di gerai berkenaan.

Faham kepayahan para peniaga

Di ruangan kapsyen posting terbarunya, Iddin berkata bahawa dia nekad berbuat demikian kerana memahami kepayahan dan usaha para peniaga bazar dalam mencari rezeki di bulan Ramadan terutama ketika cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini

Menjengah ke ruangan komen, ternyata orang ramai memuji dan mengagumi tindakan usahawan muda tersebut.

Rata-rata netizen mendoakan Iddin dimurahkan rezeki dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk membuat amal kebaikan di masa akan datang.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih dari 35k viewers dan 3K likes di Instagram.

Semoga kebaikan yang dilakukan itu akan dicontohi orang ramai dan menjadi inspirasi kepada orang lain agar sentiasa melakukan amal jariah terutama di bulan yang mulia ini.

“Teruskan niat yang murni tu. Yang penting ikhlas.”

Foto: IG

Foto: IG

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.