fbpx
Now Reading
“TQ Bro!” – Netizen Puji Lelaki Makan Sorok2 Tepi Katil Kerana Hormat Rakan Berpuasa

“TQ Bro!” – Netizen Puji Lelaki Makan Sorok2 Tepi Katil Kerana Hormat Rakan Berpuasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Buat umat islam, bulan Ramadan adalah bulan mulia dimana mereka yang cukup syarat diwajibkan berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari selama sebulan.

Namun syarat ini tidak melibatkan mana-mana orang bukan islam justeru mereka bebas untuk melakukan aktiviti makan dan minum mereka seperti biasa.

Namun situasi ini dilihat sedikit berbeza buat seorang pemuda berbangsa india ini dimana dia sanggup menyorok-nyorok untuk makan demi menghormati rakan yang sedang berpuasa

Video lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Kumar dimuat naik seorang pengguna TikTok, @apek_zul yang dipercayai merupakan rakannya.

‘Makan siap menyorok

@apek_zul

satu satunya indian memang respect orang lain…makan siap menyorok…be like#sahabat

♬ Harapan Ramadan (with Man Bai) – Raihan

Kumar menerusi video terebut dilihat sedang duduk bersila dan menghadap ke dinding sambil menjamu selera.

Dia kemudian dihampiri rakannya yang merakam video berkenaan sambil disakat kerana tidak berpuasa. Mereka kemudian dilihat ketawa bersama-sama selepas aksi Kumar berjaya dirakam oleh rakannya itu.

Menerusi kapsyen pada video tersebut, Kumar difahamkan merupakan satu-satunya pelajar berbangsa India di sana dan dia bersahabat baik dengan pemiik akaun berkenaan.

Perkongsian tersebut meskipun lebih berniat untuk melawak bagaimanapun mendapat reaksi positif dari netizen. Ramai yang memuji lelaki tersebut dan menyifatkan dia sebagai seorang yang sangat menghormati rakannya tanpa mengira agama dan bangsa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.