fbpx
Now Reading
Kena Denda Menyanyi Depan Kelas, Ramai Terpukau Dengar Suara Pelajar Ini!

Kena Denda Menyanyi Depan Kelas, Ramai Terpukau Dengar Suara Pelajar Ini!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siapa sahaja yang tidak pernah kena denda masa sekolah kan? Sebagai pelajar sekolah, semestinya anda pernah mengalami pengalaman didenda sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Kebiasaannya, guru akan mendenda pelajar dengan menyuruhnya berdiri di luar kelas, kena tulis ayat berulang-ulang kali dalam buku, ketuk ketampi, jalan itik dan banyak lagi.

Namun begitu, lain pula yang berlaku di dalam video yang viral baru-baru ini apabila seorang pelajar lelaki yang dikatakan didenda menyanyi di depan kelas kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama @cikulala, ia memaparkan seorang pelajar lelaki yang berdiri sambil menyanyi di hadapan guru dan rakan-rakannya yang lain.

Difahamkan, dia telah didenda kerana tidak melengkapkan kerja sekolahnya. Pelajar itu dilihat menyanyikan lagu Gundah yang merupakan lagu nyanyian Ernie Zakri.

Video itu telah menarik perhatian ramai apabila suara pelajar lelaki itu dikatakan sangat merdu dan vokalnya juga kedengaran seperti penyanyi professional.

@_cikulala

Bonda tak denda sebab bulan puasa. #fypmalaysia🇲🇾 #fypシ #foryoupage #teacher #fyp #WeDoDanceChallengeMY #tiktokmalaysia #esekeli

♬ original sound – mimisyafinie

Sememangnya, dia rupa-rupanya seorang pelajar seni muzik dari sekolah seni tersebut iaitu Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEM Kuala Lumpur) Patutlah merdu semacam!

Part 2

@_cikulala

Reply to @abggglongggg PART 2, TGK SAMPAI HABIS. TQ SEMUA 💕 ##tiktokmalaysia ##fyp ##teacher ##foryoupage ##fypシ ##fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound – mimisyafinie

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 8.2K viewss, 36.8K likes serta 522 shares di laman TikTok.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji dan mengagumi dengan kemerduan suara pelajar itu.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa pelajar lelaki itu boleh menjadi penyanyi professional jika bakatnya diasah dengan lebih mendalam lagi.

“Sedap dik.. bole pergi jauh ni..merdu”

Foto: TikTok

“This is real talent”

Foto: TikTok

Foto: TikTok

Foto: TikTok

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.