fbpx
Now Reading
Niat Ikhlas Nak Tolong, Rider Makanan Bunyikan Hon Beri Laluan Kepada Van Jenazah

Niat Ikhlas Nak Tolong, Rider Makanan Bunyikan Hon Beri Laluan Kepada Van Jenazah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Niat untuk bantu tanpa mengharapkan sebarang balasan, tular baru-baru ini seorang penghantar makanan yang mengaku ikhlas membunyikan hon kepada kenderaan lain untuk memberi laluan kepada sebuah van jenazah.

Menurut video yang telah dikongsi di Facebook Mr Wan Cai Official, keadaan jalan raya sewaktu itu agak sesak dengan kenderaan yang sedang pulang dari tempat kerja ke rumah masing-masing.

Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Aziimul, 25 menerangkan bahawa perkara itu berlaku secara spontan ketika dia baru keluar dari sebuah pusat beli belah di Lingkaran Syed Putra.

Foto: FB Arezimul Nakamichi

“Jalan agak sesak dengan kenderaan ketika itu kerana ia waktu orang ramai baru pulang kerja.

“Ketika menunggang motosikal, saya ternampak van jenazah tetapi bergerak perlahan kerana tidak mendapat laluan.

“Jadi, saya terus memintas dan cuba memohon kerjasama pengguna lain untuk memberi laluan dengan membunyikan hon hingga van jenazah itu sampai di Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah di Bukit Jalil”

Tidak terhenti di situ, dia juga membantu mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol. Menurutnya, dia menawarkan diri untuk menolong kerana ingin menimba pengalaman kerana tidak pernah melakukannya sebelum ini.

Di posting kongsian Mr Wan Cai Official, dia berterima kasih kepada Aziimul kerana telah membantu memudahkan perjalanan terakhir untuk jenazah tersebut melalui kapsyen yang ditulis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.