Wanita Gigih Menjaga Suami Hilang Ingatan Sejak 8 Tahun Lalu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Melayari bahtera rumah tangga sudah tentu ada pelbagai dugaan dan rintangan. Dugaan yang paling hebat adalah apabila pasangan hidup diduga dengan masalah kesihatan sehingga menyebabkan diri kehilangan upaya.
Begitulah yang dihadapi seorang wanita apabila suami yang tersayang tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Menurut Mstar, wanita yang dikenali sebagai Azliyana Ali itu menceritakan tentang suaminya yang tidak dapat berpuasa kerana sakit akibat terlibat dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Terengganu pada tahun 2013.
Ditimpa kemalangan jalan raya
Difahamkan suaminya ditimpa kemalangan ketika perjalanan pulang dari tempat kerja menghala ke rumah.
“Sembilan kali Ramadan dah awak tak boleh puasa. Tahun pertama saya jaga awak kat hospital, saya bagi susu melalui tiub (hidung).
“Lapan kali Ramadan saya suap awak melalui mulut sebab dah boleh makan nasi,”
Tak mampu berpuasa
Kesan dari kemalangan itu mengakibatkan suaminya mengalami kecederaan di kepala dan patah di pergelangan tangan kiri serta tulang pipi. Tambahnya lagi, suaminya juga tidak dapat berpuasa kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Menurut wanita yang mesra disapa sebagai Yana itu juga, suaminya perlu diberikan perhatian yang rapi setiap masa dan dia turut sibuk menguruskan anak-anaknya yang masih bersekolah. Selain itu, Yana juga membuat bisnes dropship menjual baju serta mengambil tempahan kuih bagi menampung perbelajaan keluarga.
“Jadi, saya tak boleh keluar rumah selalu sebab suami tak boleh ditinggalkan lama-lama. Sekadar hantar dan jemput anak di sekolah dan beli barang keperluan.
“Saya sekarang ni membuat dropship jual baju dan mengambil tempahan untuk kuih-muih termasuk biskut raya untuk menjana pendapatan keluarga,”
Yana berkata suaminya yang hilang ingatan itu langsung tidak mengingati dirinya dan anak anak. Namun, suaminya pernah mengikuti Yana membaca surah Yasin tanpa melihat pada buku. Difahamkan, suaminya itu selalu mengaji pada zaman mudanya.
“Saya diberitahu suami masa muda-mudanya sering mengaji. Ada ketika saya membaca surah Yasin, suami tiba-tiba ikut baca surah Yasin tanpa tengok buku.
“Suami tak ikut sampai baca habis, tapi dia baca dengan sendiri lepas tu dia senyap dan hanya mendengar saya meneruskan bacaan,”
Anak-anak rindukan kasih bapa
Yana berdoa agar suaminya dapat berpuasa dan kembali sihat semula supaya dapat memberi kasih sayang kepada anak-anaknya yang merindukan bapa merekq. Tambahnya, dia juga berharap orang ramai mendoakan suaminya agar kembali sihat dan ingatannya pulih seperti sedia kala.
“Saya juga berharap agar suami bukan sahaja dapat berpuasa semula, bahkan juga memberikan kasih sayangnya sebagai bapa. Anak-anak begitu merindui kasih sayang bapa mereka,”
Semoga Yana tabah dalam menjalani ujian yang dihadapi dan suaminya segera sembuh.