
Atas Faktor Keselamatan, Kereta Tesla Dihalang Guna Lebuhraya di China
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Kebelakangan ini isu mengenai tahap keselamatan kereta Tesla hangat diperkatakan di Amerika Syarikat ekoran dari tragedi kemalangan dipercayai sewaktu mod autopilot yang menyebabkan kematian dua orang penumpangnya.
Bukan hanya di sana, syarikat kenderaan elektrik itu turut menjadi topik hangat di China selepas seorang wanita melakukan protes di acara automotif, Shanghai Auto Show dengan memanjat dan memijak sebuah kereta pameran yang berada di sana.
Ianya gara-gara rasa tidak puas hati wanita berkenaan terhadap syarikat Tesla ekoran satu kemalangan melibatkan bapa wanita tersebut yang disebabkan oleh masalah brek pada kereta Tesla miliknya.
A female Tesla owner climbed on top of a car’s roof at the Tesla booth to protest her car’s brake malfunction at the Shanghai auto show Monday. The booth beefed up its security after the incident. pic.twitter.com/ct7RmF1agM
— Global Times (@globaltimesnews) April 19, 2021
Terbaru, tular beberapa video di media sosial disana yang mendakwa pemandu-pemandu Tesla di China telah dihalang dari memasuki lebuhraya.
Mula tular di Weibo sebelum ditularkan ke media sosial lainnya, orang ramai turut berkongsi beberapa video membuktikan keadaan tersebut.
Menerusi video-video tersebut, dapat dilihat anggota polis menghentikan dan menghalang beberapa pemilik kereta berkenaan dari memasuki kawasan lebuhraya atas faktor keselamatan.
广州不许特斯拉上高速!
— 冷山时评 (@lengshanshipin) April 23, 2021
社会主义的铁拳来了! pic.twitter.com/S3iQJzzSdK
说广州,#特斯拉 不让上高速公路了。
— WoodmanK (@WoodmanK417) April 23, 2021
In Guangzhou, #Tesla electric cars were not allowed on the highway. pic.twitter.com/CGqnW2ffUT
Menurut laporan Electrek yang memetik Globaltimes, keadaan ini berlaku ekoran satu kemalangan yang menyebabkan seorang mangsa maut di Guangzhou pada 13 April lalu.
Meskipun pihak polis kemudiannya menafikan perkara berkenaan sebaliknya melakukannya secara rawak, beberapa pemilik Tesla tampil dan mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh memandangkan kebanyakan kereta yang dihalang adalah kereta jenis tersebut.
Situasi sebegini pastinya akan memberikan tekanan kepada syarikat pengeluar kereta elektrik tersebut kerana jika ianya dibiaarkan berterusan pasti akan menjejaskan pasaran mereka di sana.