
Dedah Guru Buat Isu Rogol Jadi Bahan Jenaka, Pelajar Dapat Ugutan Rogol Dari Rakan Sekolah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Jenayah rogol merupakan sebuah jenayah yang dipandang enteng oleh sesetengah lapisan masyarakat kerana bagi mereka maruah yang diutamakan melebihi keadilan bagi mangsa rogol.
Isu rogol tidak boleh dijadikan bahan lawak
Oleh itu, perkara sensitif seperti isu rogol adalah sesuatu yang tidak patut dijadikan bahan jenaka. Tambahan pula, kesalahan merogol adalah salah satu jenayah yang berat dimana ia akan mengakibatkan trauma berpanjangan kepada mangsa rogol dan menjejaskan kehidupan mangsa di masa hadapan.
Orang ramai terutamanya golongan orang dewasa perlulah peka dan berfikir dahulu sebelum mengatakan sesuatu mengenai isu rogol.
Seperti video yang telah viral di laman Twitter ini, seorang pelajar sekolah yang mendakwa guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatannya melakukan gurauan keterlaluan sehingga menyentuh isu sensitif berkenaan gangguan seksual.
Dalam video tersebut, pelajar yang dikenali sebagai Ain itu mendedahkan pada mulanya pelajaran berjalan dengan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.
Bergurau elemen lucah semasa pembelajaran
Namun begitu, pelajar berkenaan mendakwa guru lelaki itu mula bergurau dengan elemen lucah yang menyebabkan dia dan pelajar perempuan yang lain tidak selesa.
“Guru itu kemudian berkata, jika pelajar-pelajar nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun, rogol yang 18 tahun ke atas sebab banyak undang-undang untuk bawah umur,” ujar pelajar berkenaan.
tw// R4P3 JOKES, VERBAL H4R4SSM3NT
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) April 23, 2021
this is what i experienced yesterday at school. please help make it safer for us. @maszlee @zunarkartunis @KemPendidikan @adibahnoor #Awareness #Malaysia pic.twitter.com/MSK2rMX6pg
Difahamkan video tersebut telah dimuat naik di TikTok dan di Twitternya hingga mendapat perhatian ramai kerana majoriti netizen merasakan tindakan guru tersebut sangat keterlaluan.
Sudah buat laporan polis
Selanjutnya, Ain dan bapanya telah membuat laporan polis ekoran insiden itu termasuk ugutan rogol yang diterima dari pelajar sekolahnya yang mendakwa dia sengaja mengaibkan nama sekolah.
Katanya, ada diantara mereka yang mengugut akan merogolnya jika dia hadir ke sekolah.

Menurut laporan Kosmo, polis telah menerima dua laporan yang dibuat seorang pelajar berhubung tindakan seorang guru jasmani yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur lucah semasa mengajar.
Laporan pertama adalah mengenai pendekatan yang tidak sesuai digunakan guru terbabit, manakala kedua pula berkaitan ugutan rogol dari rakan sekelas pelajar berkenaan.