fbpx
Now Reading
Kahwin Tak Sampai 5 Bulan, Suami Reda Isteri Hidap Kanser Meninggal Di Bulan Ramadan

Kahwin Tak Sampai 5 Bulan, Suami Reda Isteri Hidap Kanser Meninggal Di Bulan Ramadan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kehilangan insan tercinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Apatah lagi, jika yang ‘pergi’ itu merupakan pasangan kita, sudah tentu akan berasa amat perih dengan kehilangan itu.

Namun, sebagai manusia biasa, kita terpaksa reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan dan harus menerima dengan hati yang rela kerana disebalik dugaan itu ada hikmahnya.

Begitulah situasi yang dialami seorang lelaki yang bernama Mohamad Haniff Azizan yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta pada bulan yang mulia ini. Haniff berkongsi cerita sedih yang menimpa dirinya itu menerusi satu posting di laman Facebook.

Melalui entry tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Haniff itu memaklumkan tentang pemergian isterinya serta menceritakan tentang keperibadian arwah yang disifatkan seorang isteri yang hebat dan tabah dengan ujian-ujian dihadapinya.

“Alhamdulillah selesai pengebumian arwah isteri tercinta Aida Afiqah. Tadi dia cantik sangat dengan telekung putih bersih, Orang reda dia cuma tak bersedia cemburu tengok Allah pilih dia di bulan Ramadan, semoga syurga tempat awak sayang, tamat segala penderitaan dan kesakitan dia selama ini.”

“Dia seorang isteri yang sangat hebat, untung orang jadi suami dia nanti orang menyusul nahh, doakan supaya orang, mak abah mak ayah adik kakak kuat untuk hari-hari mendatang.”

Foto: FB
Foto: FB

Sebelum ini, Haniff telah memuat naik satu posting memberitahu arwah isterinya telah dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana mengalami sesak nafas.

“Saya mohon anda semua mendoakan kesihatan dan kesembuhan isteri saya, dia telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Bukit Mertajam akibat sesak nafas, doktor cakap kemungkinan besar jangkitan kuman di paru-paru atau sel kanser tu dah merebak ke paru paru, mohon jasa baik anda semua mendoakan isteri saya ya.. jasa baik budi anda hanya Allah dapat membalasnya dengan kebaikan”

Foto: FB

Haniff turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah memberi semangat dan dorongan semasa arwah isterinya mula sakit sehingga ke akhir hayatnya.

Foto: FB

Lebih memilukan apabila Haniff berkata mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga empat bulan yang lepas. Akan tetapi, dia terpaksa akur dengan apa yang telah terjadi.

“Tak lupa juga pada semua yang banyak mendoakan arwah dan saya dari dia mula sakit hingga hari ini, yang bagi semangat, nasihat dan yang memudahkan urusan saya dengan dia”

“Bercinta 5 Tahun, Nikah 4 Bulan Lebih. Terima kasih ya Allah untuk bidadari syurga yang Engkau hadirkan dalam hidupku walaupun untuk sementara waktu , Moga nanti di sana berjumpa semula.”

Menjengah je ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Haniff agar tabah menghadapi ujian itu dan mendoakan arwah tenang disana.

Foto: FB
Foto: FB

” Al Fatihah”

Foto: FB

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.