Sayu! Video Isteri Kru Kapal Selam Mohon Doa Buat Suami Mengundang Air Mata
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan berita duka mengenai kehilangan kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI). Lebih mengejutkan, kapal selam yang membawa 53 anak kapal tersebut ditemui pecah dan kesemua kru telah disahkan meninggal dunia.
Perkara tersebut sudah tentu amat sukar dan berat untuk diterima terutamanya bagi keluarga dan rakan-rakan anak kapal berkenaan.
Sebelum berita mengenai kapal tersebut pecah, seorang wanita bermama Mita Sofia yang merupakan salah seorang isteri kepada kru kapal selam berkenaan telah memuat naik satu video di TikTok.
Dalam video yang telah viral berkenaan, wanita tersebut meminta bantuan warganet untuk mendoakan suaminya dan semua kru agar mereka berada dalam keadaan selamat.
Selain mempamerkan beberapa gambar mereka berdua, video tersebut turut menunjukkan gambar Mita yang sedang mengandung anak pertama mereka.
Difahamkan Mita dan suaminya iaitu Eki Setiawan baru sahaja berkahwin pada hujung tahun lalu. Menurut Mita, kehamilan anak pertama ini merupakan anugerah dan suatu penantian yang ditunggu-tunggu oleh mereka berdua selepas melangsungkan perkahwinan.
@mitasofia_k warga tiktok minta bantuan doa buat suami dan seluruh crew kapal selam nanggala-402😢🙏 #prayfornanggala402
♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada Mita setelah dikhabarkan mengenai status terbaru kapal selam KRI Naggala 402 itu.
Mereka juga mendoakan Mita agar kekal kuat dan tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Tambahnya, Mita harus menjaga kesihatannya dan juga kesihatan bayi yang berada dalam kandungannya.
Penulis mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan kru kapal selam KRI Naggala 402. Al- fatihah.