fbpx
Now Reading
Buat Aksi ‘Jutsu Hand Sign’ Dalam Lif, Gelagat Pengawal Keselamatan Undang Dekah Netizen

Buat Aksi ‘Jutsu Hand Sign’ Dalam Lif, Gelagat Pengawal Keselamatan Undang Dekah Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja tidak pernah berada di dalam lif bercermin seorang diri bukan? Masa ni lah ramai yang mengambil peluang untuk membetulkan penampilan seperti kemaskan baju, gaya rambut, gaya tudung dan sebagainya.

Malah, ada juga yang suka berangan seorang diri terutama jika masa untuk sampai ketingkat yang ingin dituju masih lama.

Seperti video yang viral baru-baru ini, ia memaparkan gelagat seorang lelaki yang beraksi seperti watak anime di dalam lif.

Menurut video yang telah dimuat naik oleh akaun Twitter yang bernama @txtdrberseragam, ia memaparkan lelaki tersebut memasuki lif dan terus menekan ‘butang’ tingkat yang hendak ditujui.

Buat aksi seperti anime Naruto

Namun selepas itu, dia dengan penuh gaya dan semangat melakukan ‘jutsu hand sign’ yang dipopularkan menerusi siri anime Naruto.

Dia melakukan aksi itu didepan dinding lif yang memantulkan aksinya. Bukan itu sahaja, dia turut menggunakan jurus ala anime Naruto sekali lagi untuk membuka pintu lif berkenaan.

Meraih lebih 1 juta tontonan

Video berdurasi 31 saat yang mendapat perhatian ramai itu juga telah meraih 1.6M views, 47.9K retweets dan 97.4 likes di laman Twitter.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi lucu pengawal keselamatan tersebut.

Difahamkan telatah lucu lelaki itu yang sedang berada sendirian di dalam lif berkenaan telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalam lif.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.