fbpx
Now Reading
Didapati Langgar SOP, Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60K

Didapati Langgar SOP, Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60K

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lebih sebulan, usahawan dan pengacara Neelofa sekeluarga akhirnya dikenakan kompaun sebanyak RM 60,000 kerana kegagalan mematuhi produser operasi standard (SOP) PKPB bagi mengekang Covid-19.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin dengan keputusan mengenakan kompaun.

Kompaun sebanyak RM20,000 telah dikenakan kepada Neelofa atas dua kesalahan iaitu gagal memastikan majlis pernikahannya mengikuti SOP serta kesalahan merentas negeri.

Neelofa turut dikenakan kompaun kerana kesalahan rentas negeri kerana ada melakukan aktiviti di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis

Manaka suaminya, pendakwah selebriti, PU Riz dikenakan kompaun RM10K atas kesalahan merentas negeri.

“Noor Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 (tiada diskaun dibenarkan) bagi dua kesalahan iaitu selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

“Kedua, melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain kedua mereka, kesemua ahli keluarga Neelofa iaitu seramai 20 orang turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.