fbpx
Now Reading
Penjual Sushi Sedekah Pesanan Makanan, Pulangkan Duit Semula Sebab Terlewat Delivery

Penjual Sushi Sedekah Pesanan Makanan, Pulangkan Duit Semula Sebab Terlewat Delivery

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rezeki tak pernah salah alamat. Begitulah yang terjadi apabila kita mendapat sesuatu tanpa dijangka. Tidak kira dalam apa bentuk rezeki pun, jika ia adakah milik kita sudah semestinya akan datang jua kepada kita juga.

Seperti perkongsian seorang wanita ini di laman facebook. Siapa sangka, makanan yang ditempah secara dalam talian, rupa-rupanya telah diberikan secara percuma.

Pada mulanya, wanita yang bernama Ikhfa Musa itu menempah sushi daripada penjual itu untuk dijadikan sebagai hidangan berbuka.

Tambahnya, dia sudah lama teringin untuk membeli sushi dari penjual berkenaan tetapi selalunya tidak sempat kerana sushi itu sangat pantas kehabisan stok.

Menerusi perbualan tersebut, Ikhfa telah membuat pesanan sushi yang dimahukan dan juga meminta supaya penjual yang bernama Syah Onesushima itu menghantar terus ke rumahnya yang terletak di Beserah, Pahang.

Foto: FB

Difahamkan, jarak antara tempat penjual dan rumahnya agak jauh sehingga mengambil masa selama 30 minit untuk tiba. Namun begitu, penjual berkenaan hanya mengenakan cas sebanyak RM3 sahaja. Wah, sangat baik kan!

Foto: FB

Walaubagaimanapun, wanita itu menceritakan bahawa penjual sushi itu tidak sempat menghantar pesanan mengikut masa yang dijanjikan atas sebab-sebab tertentu.

Jelasnya, keadaan cuaca juga agak teruk kerana berlaku hujan lebat semasa penjual itu sampai ke rumahnya.

Semasa penjual itu tiba di tempat dijanjikan, dia meminta maaf dan wanita itu juga tidak memarahinya, malah cuba memahami situasinya.

Foto: FB

Wanita itu berkata dia sangkakan penjual itu hanya memberikan kuantiti sushi yang lebih kepadanya kerana lewat menghantar makanan.

Sebaliknya, penjual itu memulangkan semula duit pelanggannya. Malah, dia memberi jumlah sebanyak RM50 iaitu lebih daripada harga sushi yang dibayar. Wah sangat menyentuh hati!

Foto: FB

Mungkin juga itulah berkat kesabaran wanita itu menunggu makanannya walaupun sudah melepasi waktu yang dijanjikan.

Semoga penjual sushi itu dimurahkan rezeki dan berjaya meraih jualan lebih banyak pada masa akan datang.

Foto: FB

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.