fbpx
Now Reading
‘Suka-Suka’ Bawa Padah, Influencer Buat Prank Pelitup Muka Berdepan Hukuman Diusir

‘Suka-Suka’ Bawa Padah, Influencer Buat Prank Pelitup Muka Berdepan Hukuman Diusir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya sekadar suka-suka, namun akhirnya membawa padah apabila seorang YouTuber dan influencer terkenal memohon awam secara terbuka selepas prank pelitup muka yang dilakukan mencetus kemarahan orang ramai.

Tindakan mereka itu turut menyebabkan pasport kedua-duanya dirampas.

Josh Paler Lin, seorang YouTuber dengan lebih dari 3 juta pengikut dan 300 ribu pengikut di laman Instagramnya telah melakukan sebuah prank dengan seorang influencer warga Rusia, Lisha di Indonesia awal bulan ini.

Dalam video itu, wanita tersebut telah melukis wajahnya seperti memakai pelitup muka sebelum berjalan-jalan di sebuah pasaraya.

Foto: IG Niluh Djelantik

Seperti kebanyakan negara lain, ia juga merupakan satu kesalahan untuk berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka di Indonesia dan video tersebut telah tersebar meluas dengan pantas.

Menerusi laporan Coconuts.co, jurucakap pegawai serantau Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-Undang sejak itu mengesahkan bahawa pasport kedua-duanya telah disita.

“Selepas itu mereka akan diperiksa bersama-sama dengan Imigresen untuk mengambil keputusan sama ada mereka perlu diusir atau tidak.”

Ketua pasukan polis Bali mengatakan bahawa agensi itu akan mengeluarkan surat cadangan kepada imigresen untuk mengusir pasangan itu.

“Mereka bukan sahaja melanggar, tetapi dengan sengaja melakukan provokasi di khalayak ramai, jadi ianya wajar untuk menjatuhkan hukuman lebih berat, tidak hanya dengan denda tetapi juga diusir.”

Josh kemudiannya telah memuatnaik sebuah video permohonan maaf di Instagramnya. Lisha turut meminta maaf menerusi video itu.

“Kami ingin meminta maaf atas video yang telah dibuat.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.