fbpx
Now Reading
Comel! Netizen Terhibur Lihat Telatah Kanak-Kanak Teruja Tengok Perut Ibu Ditendang Bayi

Comel! Netizen Terhibur Lihat Telatah Kanak-Kanak Teruja Tengok Perut Ibu Ditendang Bayi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melayan karenah kanak-kanak kebiasaannya memang akan membuatkan kita terhibur. Terutamanya jika mereka seorang yang sangat petah dan aktif.

Tambahan pula, kanak-kanak seringkali memberikan respon yang sangat jujur dan kadangkala melucukan.

Seperti video yang dikongsi oleh pemilik akaun bernama @justjordynnaround. Ia memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sangat teruja selepas melihat tendangan bayi dari perut ibunya sehingga mencuri tumpuan ramai.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan kelihatan sangat teruja untuk memegang perut ibunya yang sedang mengandung.

Kanak-kanak yang bernama Jordy itu kemudian membuat reaksi terkejut selepas mendapati ada tendangan daripada perut ibunya itu dan memberitahu dia dapat merasakannya.

“Baby say sorry to mommy”

@justjordynnaround

Jordy feeling baby moving around in my belly #baby #kicking #preggo #34months #homestretch🤰🏻

♬ original sound – Jenn & Jordy

Namun, apa yang mencuit hati apabila Jordy mengarahkan bayi di dalam perut itu untuk meminta maaf kerana menendang dan menyakiti perut ibunya.

Seterusnya, ibunya turut menyuruh Jordy untuk menggosok perutnya juga. Sungguh lucu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji telatah comel kanak-kanak tersebut yang begitu teruja dengan tendangan bayi di dalam perut itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 14.2M views, 2.9M likes dan 65.3 shares di TikTok.

“She’s going to be a good sister”

” Cutest baby ever”

“How do you raise this loving polite kid”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.