fbpx
Now Reading
Rider Berganding Bahu Selamatkan Anjing, Netizen Bangga Dengan Rakyat Malaysia

Rider Berganding Bahu Selamatkan Anjing, Netizen Bangga Dengan Rakyat Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan video seekor anak anjing yang terlepas di sekitar jalan raya.

Semua riders bersatu mengejar anjing

Menerusi video yang dikongsikan di laman Twitter, kelihatan ramai penunggang motosikal di jalan raya mengejar anjing comel berkenaan dengan membuat kepungan di tepi jalan itu.

Tindakan kesemua rider berganding bahu untuk menangkap anjing itu telah menarik perhatian ramai netizen. Pengguna jalan raya yang lain juga dilihat memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan anjing tersebut ditangkap.

Sampai terjatuh di jalan raya

Malahan pula, ada di antara mereka yang terjatuh di atas jalan raya cuba menyelamatkan anjing itu.

Ternyata orang ramai sangat terharu dan bangga dengan pertolongan rider-rider yang berbilang kaum tersebut. Wah bagus rakyat Malaysia!

Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah meraih 11.9K retweeets,14.9K likes dan 787 quotes di Twitter. Selain itu, video ini juga sudah trending di Facebook dan TikTok. Rata-rata netizen memuji sikap pengguna jalan raya di dalam video itu.

“Kalau ni punca jam, saya tak jadi marah”

Anjing berjaya diselamatkan

Difahamkan anjing tersebut telah berjaya diselamatkan dan dipulangkan kepada penjaganya.

Menerusi perkongsian tuan kepada anjing tersebut yang dikenali sebagai Steven Chong, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu menyelamatkan anjing peliharaannya.

Lelaki itu turut memuat naik gambarnya bersama Dafi menerusi posting di laman Facebooknya.

Dikhabarkan anjing yang diberi nama Dafi itu sudah sepuluh hari hilang.

Selain itu, Chong juga turut rasa terhutang budi kepada lelaki yang disapa sebagai Mr Siva kerana telah menjadi penjaga sementara kepada anjingnya.

Syabas rakyat Malaysia!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.