fbpx
Now Reading
‘Sampai Menangis!’ – Rajin Tolong Buat Kerja Rumah, Suami Terharu Dapat Hadiah PS5

‘Sampai Menangis!’ – Rajin Tolong Buat Kerja Rumah, Suami Terharu Dapat Hadiah PS5

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Amalan tolong-menolong antara suami isteri adalah salah satu sikap yang perlu diterapkan dalam sesebuah perkahwinan.

Tambahan pula, seorang suami sepatutnya meringankan beban isteri kerana ia merupakan salah satu tanggungjawab mereka sebaik berkahwin.

Seperti dalam video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @adlinayusof. Wanita berkenaan menceritakan kerajinan suaminya membantu melakukan tugasan di rumah.

Beri kejutan hadiahkan PS5

Menariknya, wanita ini turut membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah PS5 kepada suaminya di dalam video itu.

Menerusi video tersebut, Adlina menunjukkan kerajinan suaminya membantu melakukan kerja rumah seperti membasuh dan menyidai baju, mencuci pinggan serta menyiang lauk yang dibeli dari pasar.

Sebagai tanda penghargaan atas kepayahan suaminya, Adlina menghadiahkan sesuatu yang sudah lama suaminya impikan iaitu PS5.

@adlinayusof

Love ##familyguy ##loveofmylife ##fyp

♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

Terharu sampai menangis

Suami wanita berkenaan kelihatan terharu sehingga mengeluarkan air mata.

Sehingga kini, video yang telah viral di aplikasi TikTok itu telah meraih 226.9K views, 12.1K likes dan 774 shares.

Rata-rata netizen memuji kerajinan suaminya dan mendoakan agar mereka sentiasa bahagia.

“Ni contoh isteri yang baik, dapat suami yang baik”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.