fbpx
Now Reading
Takut Nak Makan Sebab Muka Macam Melayu, Lelaki Siap Letak IC Atas Meja

Takut Nak Makan Sebab Muka Macam Melayu, Lelaki Siap Letak IC Atas Meja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia adalah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Yang menariknya, rasa hormat dengan fahaman yang berbeza oleh orang berlainan agama adalah sangat menebal dalam diri rata-rata masyarakat di negara ini.

Salah satunya adalah apabila tibanya bulan Ramadan, ramai yang bukan beragama Islam akan cuba sedaya upaya untuk menghormati orang yang berpuasa dengan menjamah makanan di tempat tersorok.

Namun keadaan pasti lebih sukar bagi mereka yang mempunyai persis rupa orang melayu. Nak makan di tempat awam di bulan ramadan pasti lebih gerun kerana dikhuatiri akan disalah anggap sengaja untuk tidak berpuasa.

Ajak kawan keluar beli barang

Hal ini boleh dikaitkan dengan perkongsian seorang pengguna TikTok @nick_sohide ketika mengajak rakannya yang bukan beragama Islam membeli barang bersama.

@nick_sohide

Si kawan!……

♬ Laughing – Gianluca Marino

Menerusi video itu, dia dan rakannya sedang berada di sebuah restoran makanan segera ‘Subway’ setelah selesai membeli barang.

Menurutnya, waktu ketika itu masih lama lagi untuk berbuka puasa, namun rakannya itu sudah tidak mampu untuk menahan lapar.

Takut dirinya disalah anggap sebagai orang Melayu beragama Islam, dia siap meletakkan kad pengenalan (IC) di atas meja sebelum makan untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Dah macam ambil SPM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perbuatan lelaki tersebut. Ada juga yang mengatakan rakannya seperti sedang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Takut kena angkut dengan van jenazah

Selalu kena tegur sebab muka nampak macam Melayu

Harapnya selepas ini orang bukan beragama Islam tak akan rasa takut-takut untuk makan di tempat awam di bulan Ramadan kerana negara kita terdiri daripada masyarakat dengan kepelbagaian agama, jadi sepatutnya ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.