fbpx
Now Reading
Tular Selepas 3 Kali Line Putus Masa Mengaji, Adik Lutfi Akhirnya Buat Comeback & Sempurnakan Bacaan Al-Quran

Tular Selepas 3 Kali Line Putus Masa Mengaji, Adik Lutfi Akhirnya Buat Comeback & Sempurnakan Bacaan Al-Quran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu sedutan program Geng Ngaji dimana seorang anak kecil yang dikenali dengan nama Lutfi begitu bersemangat untuk mengalunkan potongan ayat quran dari Surah At-Taubah, namun tidak berjaya selepas panggilannya terputus beberapa kali.

Malah lebih menghiburkan apabila dia tetap gigih mencuba namun talian tersebut tetap terputus betul-betul di potongan ayat yang sama sebanyak tiga kali.

Keadaan ini membuatkan kesemua moderator iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Fakhrul Radhi dan juara tilawah antarabangsa Farhatul Farizurrah serta penonton turut terhibur.

Berjaya buat comeback!

Namun selepas beberapa hari, adik Lutfi akhirnya berjaya membuat comeback di program tersebut. Tetapi berbanding talian telefon, kali ini pihak Astro menghubunginya menggunakan panggilan video.

Talian kali ini bukan sekadar lancar, malah adik Lutfi atau nama betulnya, Muhammad Lutfi Rabbani, berjaya meyempurnakan bacaannya dengan lengkap.

Kesemua moderator turut  dilihat kagum dengan semangat dan kegigihan adik Lutfi dalam menyempurnakan bacaannya.

Malah kejayaan beliau turut mendapat pujian netizen di laman Twitter. Ramai yang turut berbangga dengan kelancarannya menghafaz alquran.

Adik Lutfi ‘Huwallaziii’ comeback stronger!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.