Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura yang juga merupakan duta jenama Bata telah meraikan sekumpulan anak yatim dalam majlis pemberian kasut, semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, aktor Playboy Itu Suami Aku dan pasangannya telah berbesar hati untuk meraikan penerima sumbangan.
“Saya difahamkan rumah anak yatim yang dipilih ini bukan dari pertubuhan yang terkenal. Jadi, secara tak langsung dapat beri peluang kepada mereka yang selama ini mungkin kurang mendapat perhatian.
“Sebenarnya dari tahun lalu lagi kami sudah berbincang dengan Bata untuk adakan majlis seperti ini tapi disebabkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditangguhkan.”
Pengarah Urusan Bata Malaysia, Ajay Ramachandran berkata Bata akan sentiasa optimis dalam menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, terutamanya anak-anak yatim.