fbpx
Now Reading
Jual Sambal Nyet ‘Fake’, Reseller Wanita Tampil Mohon Maaf

Jual Sambal Nyet ‘Fake’, Reseller Wanita Tampil Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, viral tentang jualan Sambal Nyet keluaran Khairul Aming yang mencapai jualan lebih RM1 juta dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Namun sejak semalam, kecoh di laman sosial Twitter apabila selebriti media sosial itu memuat naik posting mengenai terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku sebagai reseller untuk menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama produknya.

Menerusi tweet Khairul Aming, dia berkata mula berasa pelik sebaik sahaja mendapati ramai pembeli mengadu tentang sambal yang diterima sudah berbuih dan tidak sama seperti yang dipromosikan.

Jual sambal berbau dan basi

Sebaik sahaja dia meneliti botol dan postcard yang diberi reseller itu, ternyata design dan rupa sambal yang dibeli oleh pembeli tersebut berbeza dengan sambal yang asal. Tambahnya, kualiti dan bau sambal yang dijual ‘scammer’ itu juga teruk kerana ia berair dan berbau busuk. Malah, ada juga mendakwa telah menerima sambal yang basi.

“First, sticker yang dia guna ni basically sticker yang dia scan dari sticker original and print balik. u can see clearly yang warna logo api tu faded and font perkataan semua blur. Resolution sticker very low and dia siap tampal dengan tape.”

“Second, postcard guna font tak sama. Kawan aku tak dapadt postcard dari dia tapi ni screenshot dari review dekat shopee dia. I print my own handwriting kat postcard tu, bukannya font dari computer. Lagipun kita dah tak pakai postcard ni, how come dia still ada kalau claim ni original.”

“Third, ni yg paling aku disgusted. texture sambal lansung tak sama. aku tak tahu apa dia letak tp sambal ni bau minyak goreng ikan yang busuk and cili dh mcm keladak. Kat layer atas tu dah jadi minyak warna hitam”

Foto: Twitter

Jangan beli dari reseller”

Tambahnya, dia turut kecewa kerana ramai pembeli yang sudah tertipu telah merujuk kepadanya untuk meminta wang ganti rugi sedangkan sebelum ini dia pernah memberi peringatan untuk tidak membeli dari reseller.

Difahamkan, Aming sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan telah mendedahkan nama individu tersebut sebagai pengajaran buat semua.

Wanita mengaku bersalah

Terbaru, update daripada akaun Twitter Khairul Aming mengesahkan ‘scammer’ yang telah menjual sambal palsu itu sudah menampilkan diri dan mengakui kesilapannya.

“Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata.”

Melalui perkongsian tersebut, Aming menjelaskan walaupun wanita itu telah mengakui bersalah, dia tidak akan membiarkan kes itu dibiarkan begitu sahaja. Pihaknya akan membuat tiga tuntutan dari wanita berkenaan.

Pertama, dia perlu membayar pampasan wang tunai. Walaubagaimanapun, duit pampasan itu tidak akan digunakan untuk membuat refund tetapi akan disalurkan kepada asnaf yang memerlukan.

Tuntutan seterusnya ialah membuat pemohonan maaf secara terbuka dan membuat pengakuan salah kepada pihak polis.

Menurut thread Aming di posting tersebut, difahamkan wanita berkenaan telah membuat “public apology video” dan memberi kerjasama di balai polis yang sama.

Jadikan pengajaran buat semua

Di akhir posting berkenaan, Khairul Aming berharap agar kes tersebut menjadi salah satu pengajaran untuk orang diluar sana serta orang ramai tidak memandang ringan dengan isu sebegini.

“I hope this will be a lesson to anyone yg cuba nak buat macam ni lagi in the future. tq guys for sharing this issue, diharapkan kita semua aware utk tidak ambil mudah benda mcm ni. selamat berpuasa everyone”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.