fbpx
Now Reading
Mudah & Cepat! Ini Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Secara Online Mengikut Negeri

Mudah & Cepat! Ini Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Secara Online Mengikut Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui hari ini adalah Hari Nuzul Quran. Ini bermakna sudah 17 hari kita berpuasa dan semakin menghampiri penghujung ramadan.

Justeru anda mempunyai lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk menunaikan tanggungjawab anda membayar zakat fitrah.

Memandangkan kes Covid-19 didalam negara semakin meningkat, pasti pergerakan kita akan terbatas sekaligus menyukarkan anda untuk melunaskannya.

Namun jangan bimbang di bawah kami kongsikan cara membayar zakat fitrah secara online mengikut negeri anda :

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan

#1 Pergi ke laman PPZ MAIWP atau tekan di sini
#2 Isikan segala info diri anda
#3 Tekan Bayar

Selangor

#1 Pergi ke laman Zakat Selangor atau tekan di sini
#2 Pilih ‘Bayar Zakat Anda’ pada ruangan Bayar Zakat Online
#3 Isi segala info diri diikuti kaedah pembayaran. Pastikan untuk memilih jenis zakat yang betul, iaitu Zakat Fitrah

Perlis

#1 Pergi ke laman MAIPS atau tekan di sini
#2 Isi segala info diri dan pilih Zakat Fitrah
#3 Tekan ‘submit for payment’

Pulau Pinang

#1 Pergi ke laman Zakat Pulau Pinang atau tekan di sini
#2 Klik pada butang ‘Log Masuk’. Daftar akaun untuk pengguna baru.
#3 Selesai mendaftar, log kembali laman tersebut
#4 Pilih jenis zakat

Kedah

#1 Masuk ke laman Zakat Kedah atau tekan di sini
#2 Pilih amaun bayaran serta bilangan orang diikuti butang tambah
#3 Seterusnya, klik ‘bayar’

Perak

#1 Pergi ke laman e-zakat MAIAMP atau tekan di sini
#2 Isi segala info diri
#3 Swipe ke bawah dan tekan ‘Bayar sekarang’

Melaka

#1 Pergi ke laman e-bayar Melaka atau tekan di sini
#2 Daftar akaun untuk pengguna baru.
#3 Pilih bayaran secara terus
#4 Pilih agensi ‘Pusat Zakat Melaka’ dan jenis bil pembayaran ‘Zakat’
#5 Pilih zakat fitrah dan lengkap info yang diperlukan
#6 Terus lengkapkan pembayaran

Negeri Sembilan

#1 Tekan di sini
#2 Lengkapkan segala maklumat diri
#3 Tekan ‘Bayar Melalui Perbankan Internet (FPX)’

Johor

#1 Pergi ke laman e-Maij atau tekan di sini
#2 Log masuk jika anda mempunyai akaun/ Buat pengguna baharu, daftar akaun anda.
a. Masukkan no. mykad dan tekan semak no. kad pengenalan
b. Lengkapkan segala info diri hingga ke bahagian pengakuan. Sebaik selesai log masuk semula
#3 Pilih Bayar Zakat Fitrah dan lengkapkan pembayaran

Pahang

#1 Pergi ke laman Ebayt MUIWP atau tekan di sini
#2 Lengkapkan segala info wajib yang diperlukan
#3 Tekan butang ‘Seterusnya Untuk Bayar’ dan lengkapkan pembayaran

Terengganu

#1 Pergi ke laman Ezakat MAIDAM atau tekan di sini
#2 Lengkapkan segala info wajib yang diperlukan dan tekan seterusnya
#3 Info tadi akan dipaparkan, jika betul tekan seterusnya
#4 Buat pengesahan dan niat Zakat Fitrah

Kelantan

#1 Pergi ke laman E-Maik atau tekan di sini
#2 Lengkapkan segala info diri dan tekan bayar

Sabah

#1 Pergi ke laman Apps Zakat Sabah atau tekan di sini
#2 Log masuk atau pilih daftar untuk pengguna baharu diikuti butang log masuk semula.
#3 Pilih ‘FPX & MIGS’ 
#4 Tekan butan ‘Teruskan pembayaran’
#5 Pilih jenis Zakat iaitu Zakat fitrah dan lengkapkan segala info diri.
#6 Pilih ‘Internet Banking’ dan lengkapkan pembayaran

Sarawak

#1 Pergi ke laman Tabung Baitulmal Sarawak atau tekan di sini
#2 Log masuk atau daftar akaun untuk pengguna baharu. Sebaik selesai mendaftar akaun, log masuk semula.
#3 Teruskan untuk pembayaran Zakat Fitrah

Untuk mengetahui amaun zakat fitrah mengikut negeri baca di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.