fbpx
Now Reading
Comel! Netizen Terhibur Tengok Rakaman 16 Bayi Menangis Serentak

Comel! Netizen Terhibur Tengok Rakaman 16 Bayi Menangis Serentak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjaga bayi yang baru lahir mungkin nampak seperti suatu perkara yang mudah bagi sesetengah orang.

Jaga bayi tidak mudah seperti disangka

Namun, sebenarnya cara menjaga bayi yang baru lahir bukanlah semudah yang disangka kerana mereka masih rapuh dan memerlukan perhatian sepenuhnya dari penjaga.

Apatah lagi jika menjaga bayi-bayi di wad bersalin. Seseorang jururawat yang bertugas itu perlu sentiasa peka dan teliti ketika memantau mereka.

Seperti perkongsian video oleh seorang jururawat  di TikTok ini yang telah mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan situasi di dalam wad bayi pada pukul tiga pagi.

“My 3am lullaby”

Menurut video yang dimuat naik oleh wanita yang bernama @mbokanis itu, ia memaparkan wanita itu sedang bertugas di wad bayi sebuah hospital waktu tengah malam.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila kedengaran bunyi tangisan serentak oleh 16 orang bayi yang dijaganya itu.

@mbokanis

my 3am lullaby #fypシ #babies

♬ original sound – #Anis
@mbokanis

my 3am lullaby ##fypシ ##babies

♬ original sound – #Anis

Rata-rata netizen tertarik dengan video tersebut kerana ramai yang juga yang pernah merasai pengalaman yang sama ketika berada di wad bersalin.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral di laman TikTok itu telah meraih sebanyak 446K views, 52.2K likes dan 53 shares di aplikasi TikTok.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti orang ramai turut terhibur mendengar tangisan bayi-bayi itu. Ada di antara mereka yang berkata bayi tersebut menangis seperti membuat koir dan konsert kerana bunyinya seakan-akan harmoni.

“Baby ni time melawat elok, time habis melawat dia buat concert”

“Diorang tengah berkenalan tu”

“Bila sorang menangis, yang lain ikut sekali”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.