fbpx
Now Reading
Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa KRI Nanggala 402 Buat Netizen Kagum

Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa KRI Nanggala 402 Buat Netizen Kagum

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Ustaz Ebit Lew sering menghulur bantuan bagi orang yang memerlukan dan menjalankan aktiviti kebajikan.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada beberapa keluarga mangsa tragedi kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI).

Menurut perkongsian di laman Facebooknya, Ustaz Ebit Lew berkata pihaknya akan memberi sumbangan bantuan kepada beberapa keluarga mangsa kapal selam tersebut dengan memberikan jumlah yang agak besar.

Melalui entri tersebut, Ebit Lew juga memberitahu hatinya terdetik mahu menghulurkan bantuan kepada mereka apabila isterinya sendiri sebak ketika melihat berita mengenai tragedi kapal selam itu di televisyen.

“Saya terlihat berita di MetroTv News Indonesia. Isteri yang terkejut menangis. Syukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut dengan bantuan NGO Aksi cepat tanggap madiun . Serda diyut meninggalkan isteri dan 2 orang anak. Dapat bercakap dengan keluarga dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap dan berjalan. Sekarang umur 5 tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.”

“Saya niat nak beri kata semangat doa dan beri sumbangan  untuk 5 keluarga yang susah mangsa tragedi KRI Naggala-402.  Bila call terasa seperti sebuah keluarga jer.”

Di posting tersebut, Ustaz Ebit juga memberitahu beliau berpeluang membuat panggilan video bersama keluarga salah seorang daripada mangsa iaitu isteri Serda Diyut Subandriyo.

Difahamkan dia dapat berhubung dengan ahli keluarga Serda Diyut atas bantuan daripada satu badan bukan kerajan (NGO) Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap untuk  bertanya khabar serta memaklumkan bantuan yang ingin diberi.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan sikap murni Ustaz Ebit Lew.

Diharapkan semua ahli keluarga kepada 53 kru kapal yang terkorban agar terus tabah dan cekal untuk menempuh kehidupan yang mendatang.

Semoga perkongsian oleh Ustaz Ebit ini juga dapat dijadikan sebagai inspirasi untuk orang lain yang berkemampuan supaya turut memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan.

“Alhamdullilah, Ustaz Ebit Lew sering mendamaikan hati orang yang bersedih”

“Our universal hero”

“Semoga Allah permudahkan segala urusan”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.