fbpx
Now Reading
Lelaki Kacak Berusia 56 Tahun Jadi Kegilaan Warga TikTok Selepas Anak Muat naik Videonya

Lelaki Kacak Berusia 56 Tahun Jadi Kegilaan Warga TikTok Selepas Anak Muat naik Videonya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa cakap orang berumur tak laku? Seorang lelaki yang berusia 56 tahun membuktikan kenyataan tersebut apabila dia menjadi ‘fenomena’ dikalangan pengguna media sosial selepas anak gadisnya yang berusia 20 tahun berkongsi videonya di laman TikTok.

Menggunakan akaun @meturr, anaknya mula berkongsi video si ayah sekitar Februari lalu dan hasilnya si ayah mula menjadi sebutan di kalangan pengguna TikTok di sana.

Dengan pakej lengkap iaitu wajah yang kacak dan badan yang menarik selain berharta, pastinya lelaki tersebut menjadi idaman para wanita di laman media sosial tersebut.

Jadi modal si anak untuk raih lebih ramai pengikut

Yang menariknya, hanya dengan berbekalkan video-video dia dengan si ayah melakukan aktiviti harian seperti bersenam, menunggang superbike di pejabat dan banyak lagi, dia berjaya berjaya meraih lebih 500,000 pengikut dalam tempoh masa yang singkat.

Malah sebuah video yang menampilkan dia bersama ayahnya yang dikenali sebagai PassaVee Loputhai melakonkan semula gaya sekeping gambar lama mereka yang diambil hampir 20 tahun lepas telah berjaya meraih 17.3 juta tontonan dengan 2 juta tanda suka.

@meturr

คุณพ่อตอนอายุ 20+ vs 56 ยังได้อยู่ไหมคะ 555555

♬ Wake Up In The Sky – Bruno Mars,Gucci Mane & Kodak Black
@meturr

Guess who changed more 🤔

♬ Yucky Blucky Fruitcake by IAmDoechii – SUDANI.

Menurut Mothership.sg, PassaVee juga kelihatan seperti seorang yang bukan calang-calang orangnya, lelaki ini menerusi akaun Facebooknya memperkenalkan dirinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Bangkok.

Dia yang sebelum ini aktif di Facebook difahamkan juga sudah mempunyai akaun TikTok sejak bulan februari lalu menggunakan nama @im_passavee.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.