fbpx
Now Reading
Netizen Terhibur Lihat Telatah Kanak-Kanak Menyamar Jadi Patung Dalam Butik Pakaian

Netizen Terhibur Lihat Telatah Kanak-Kanak Menyamar Jadi Patung Dalam Butik Pakaian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjaga anak yang masih kecil bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini kerana tanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak terletak di bahu ibubapa.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu lebih peka dan prihatin terhadap isu keselamatan anak-anak terutamanya ketika berada di luar rumah.

Contohnya, ketika berada di tempat awam seperti di dalam pusat beli-belah. Ibu bapa harus memantau anak-anak dengan baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Walaupun begitu, lain pula yang terjadi di dalam video yang dimuat naik di laman TikTok ini apabila seorang kanak-kanak perempuan menyamar jadi patung di dalam butik pakaian.

Menurut video yang dikongsi oleh wanita yang bernama @nabillazailany ini, kelihatan seorang wanita yang sedang mencari anaknya di dalam sebuah kedai pakaian.

Menyamar jadi mannequin

Setelah mencari, rupa-rupanya anaknya itu berada di celah-celah mannequin di butik tersebut.

Malah, dia turut menyorok dengan berpura-pura menjadi patung tersebut dengan berdiri tegak dan tidak bergerak. Comel sangat!

@nabillazailany

hati hati kalau di mall #fyp #fypシ #tiktokviraltrending #arisyarania

♬ original sound – Nabilla Zailany

Menerusi video yang telah mendapat perhatian ramai di laman TikTok itu, kerenah kanak-kanak perempuan tersebut ternyata membuatkan si ibu ketawa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah kanak-kanak perempuan itu.

Hampir tak perasan dia bukan patung

Bahkan juga, ada yang turut mengatakan mereka hampir tidak menyangka bahawa kanak-kanak itu adalah patung kerana lakonannya agak menjadi.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 129.4 views, 5.1 likes dan 313 shares di aplikasi TikTok.

“Pandai sangat dia nyorok”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.