fbpx
Now Reading
Sangkakan Ke Hospital Bawa Pulang Mak, Rupanya Bawa Pulang Jenazah

Sangkakan Ke Hospital Bawa Pulang Mak, Rupanya Bawa Pulang Jenazah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, hari yang ditunggu-tunggu untuk membawa ibu pulang dari hospital ke rumah bertukar hari kejadian yang paling menyedihkan untuk si anak.

Begitulah cerita yang dikongsi oleh individu yang bernama Wan Cai di Facebook. Dia menceritakan tentang kisah meruntun hati mengenai anak yang menyangka akan dapat membawa ibunya pulang dari hospital bertukar menjadi tragedi sedih apabila mendapat tahu ibunya sudah tiada.

Difahamkan wanita yang dikenali dengan nama Masnah Binti Sayat dibenarkan keluar dari wad pada 30 April lalu. Lantas itu, anak-anaknya juga telah bercadang mahu membawa ibu mereka pulang ke rumah.

Namun, siapa sangka hajat untuk membawa ibu pulang dan menjaganya tidak kesampaian. Lebih memilukan, berita pemergian ibunya hanya dimaklumkan apabila tibanya si anak di hospital.

Hanya diberitahu berita kematian waktu di hospital

“Doktor telah meminta anak lelaki arwah untuk datang ke hospital. Lalu si anak bergegas ke hospital kerana beranggapan ibunya sudah dibenarkan pulang. Setibanya dihospital doktor memaklumkan si ibu sudah pun meninggal dunia. Bayangkan betapa hancurnya hati si anak ketika itu.”

Berikutan itu, anak lelaki arwah telah menghubungi Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor untuk memohon pertolongan pertolongan bagi  pengurusan jenazah ibunya. Pihak pewaris juga menghantar tiga individu untuk menuntut jenazah.

Foto: FB

Foto: FB

Menerusi perkongsian itu juga, semua individu yang terlibat dengan pengurusan jenazah sempat berbuka dengan kuih dan air oren. Mereka kemudian menyambung tugasan terhadap jenazah.

“Rakan rakan yang bertugas termasuk unit bilal muslimah sempat berbuka dengan kuih dan air oren. Selesai berbuka unit bilal muslimah terus menyambung tugasan terhadap jenazah. Perjalanan menghantar jenazah kerumah anak anak arwah diiringi oleh 2 jentera dengan kekuatan 11 orang rakan sukarelawan. Tugas kami berakhir apabila jenazah dibawa masuk ke dalam rumah.”

Prosedur menghantar jenazah kerumah anak anak arwah diiringi oleh 2 jentera dengan kekuatan 11 orang rakan sukarelawan.

“Perjalanan menghantar jenazah kerumah anak anak arwah diiringi oleh 2 jentera dengan kekuatan 11 orang rakan sukarelawan.Pengurusan untuk jenazah pada malam ini telah kami sempurnakan sebaik mungkin”

Foto: FB

Telah dikebumiman keesokannya

Dikhabarkan jenazah arwah telah dikebumikan pada keesokan paginya.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan seluruh ahli keluarga arwah tabah dengan dugaan yang dilalui.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.