Sering Jadi ‘Meme’ Di Media Sosial, Foto Ini Berjaya Dijual Pada Harga Lebih RM 2 Juta
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Meme bukanlah satu perkara yang asing lagi di dalam dunia media sosial. Kemana sahaja anda layari atau platform apa sahaja yang anda gunakan, pasti akan terselit satu dua ‘meme’ yang menghiburkan dari orang ramai baik sebagai status mahupun di ruangan komen.
Jadi buat penggemar media sosial salah satu meme yang pasti korang familiar dan pernah terjumpa walaupun sekali tentunya meme ‘disaster girl’ di bawah ini.
Kerap digunakan sebagai bahan sarkastik, meme ini sebenarnya merupakan foto yang diambil pada 2005 memperlihatkan seorang kanak-kanak bernama Zoe Roth yang berusia 4 tahun, sedang tersenyum di hadapan sebuah rumah yang sedang hangus terbakar.
Ia kemudian mula menjadi bahan sensasi di internet selepas foto berkenaan memenangi satu pertandingan fotografi pada tahun 2008.
Namun siapa sangka selepas sedekad, foto meme yang diambil ayah Zoe Roth, iaitu Dave Roth itu berjaya dijual sebagai Nonfungible Tokens (NFT), iaitu sijil pemilikan digital pada khamis lalu.
Malah gadis itu yang kini berusia 21 tahun berjaya meraih wang yang agak lumayan dari penjualan meme berkenaan iaitu pada nilai 180 Ether atau bersamaan $500,000 ( RM 2 Juta)
Difahamkan NFT bagi meme tersebut dijual kepada 3F Music, sebuah syarikat audio produksi yang berpangkalan di Dubai. Syarikat tersebut sebelum ini pernah membeli NFT popular, Overly Attached Girlfriend (milik Youtuber, Laina Morris)
Menurut Roth , sebahagian wang yang diterimanya itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman pengajiannya serta untuk keperluan lain seperti sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan.