Anak Seronok Main Bunga Api Sampai Habis Cover Set Motor Si Ayah Terbakar

Setiap kali tibanya musim perayaan, perkara yang biasanya menjadi kewajipan adalah membuat persiapan seperti membeli baju raya baru dan menyediakan juadah seperti kuih raya dan ketupat.

Tidak terkecuali, acara wajib yang menjadi pelengkap Hari Raya Aidilfitri adalah bermain bunga api.

Gambar Hiasan: Harian Metro

Paling menyeronokkan apabila melihat reaksi kanak-kanak teruja bermain bunga api bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Tambah pula kita tidak dapat merentas negeri pada musim pandemik ini, sekurang-kurangnya aktiviti seperti ini mampu mengembalikan keceriaan dan ‘mood’ berhari raya.

Namun begitu, menerusi sebuah posting di Facebook seorang bapa yang dikenali sebagai Razwan Ruslan, keseronokan itu bertukar menjadi khabar duka apabila motosikal RS150R miliknya dijadikan ‘mangsa’ anak-anaknya ketika bermain bunga api.

Menurutnya dia hanya menyedari perkara tersebut terhidu bau hangit di kawasan luar rumahnya sebelum akhirnya menyedari yang motosikalnya sudahpun menjadi ‘mangsa’ mainan anak-anaknya.

Peristiwa pagi ni.. anak nak main bunga api. Sekali terbau bau hangit. Tengok kat luar motor dah berasap. Selamba diorang bakar motor den. Siapa ada set Repsol minta pm den please.

Menerusi posting tersebut, dia turut berkongsi dua keping gambar yang memperlihatkan keadaan coverset motosikal tersebut yang kini berlubang dan hitam pada bahagian sisi dipercayai terkena bungai api.

Namun malam tadi dia menerusi satu posting mendedahkan sebuah komuniti motosikal jenis RS150R berbesar hati untuk menaja cover set yang baru bagi menggantikan setnya yang sudah terbakar.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membenarkan jualan 36 jenis bunga api untuk Aidilfitri pada kali ini. Walaubagaimanapun, peniaga perlu mematuhi semua peraturan yang telah digariskan oleh PDRM.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago