Terlalu Rindu Lama Tak Jumpa, Ibu Bapa Sanggup Tunggu Bawah Terik Mentari Nak Lambai Anak

Dalam penularan wabak Covid-19 ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang aktiviti rentas negeri telah menyebabkan pergerakan ramai individu terbatas.

Terpaksa tahan rindu nak jumpa

Berikutan itu, ibu bapa yang berada di negeri berlainan dengan tempat penginapan anak mereka belajar terpaksa menahan rindu apabila sudah sekian lama tidak berjumpa dengan anak-anak.

Begitulah jua anak-anak yang berada di perantauan yang tidak dapat menjenguk ibu bapa mereka.

Seperti perkongsian seorang seorang remaja di Twitter ini yang menceritakan nasibnya yang menjalani kuarantin diri sebelum dapat pulang ke rumah dan berjumpa kedua ibu bapanya di Sarawak.

Sangat menyentuh perasaan apabila dia berkongsi gambar kedua ibu bapanya yang menunggu dalam cuaca panas di tepi bangunan sambil melambai kepadanya.

Diarah lihat ke luar tingkap bilik

Menurutnya, dia mendapat panggilan daripada ibu bapanya dan diarah untuk melihat ke luar tingkap.

Rupa-rupanya, ibu bapa remaja itu telah berada di hadapan bangunan tersebut sementara menunggu anaknya untuk muncul.

Tambahnya, mereka melalukan sedemikian kerana terlalu rindu akan dirinya yang sudah lama tidak berjumpa.

Berdiri di bawah panas terik

Malah, mereka sanggup berdiri di bawah matahari terik semata-mata ingin melihat anak tercinta. Sungguh terharu!

Lebih menyentuh hati apabila kedua-dua ibu bapa remaja tersebut kelihatan sangat gembira walaupun hanya dapat melihat anak mereka dari jauh.

Sehingga artikel ini ditulis, tweet yang viral tersebut telah meraih 19K retweets dan 45.7K likes di laman Twitter. Di ruangan replies pula, rata-rata netizen terharu dan sebak dengan perkongsian tersebut

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

7 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago