fbpx

Bayi Baru Lahir Kritikal, Ibu Terpaksa Lelong Barang Cari Duit Pembedahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan seorang wanita yang terpaksa mencari dana tambahan untuk menampung kos pembedahan bayinya yang baru berusia 46 hari.

Kisah menyayat hati ini telah dikongsi sendiri oleh wanita tersebut, Ummi Ar Rayyan di Facebooknya sehingga mengundang sebak netizen.

Menurut posting yang dikongsi, wanita tersebut mahu menjual carseat dan beberapa barangan bayi yang lain untuk membiayai kos perubatan anaknya yang dilanda pelbagai penyakit itu.

“Keputusan MRI scan otak anak saya baru dapat update dari doktor petang tadi. Hasilnya ada beberapa pendarahan dalam otak anak saya, dan juga saluran air dalam otak tersumbat dan menyebabkan saluran air bengkak. Dan perlu menjalankan operation untuk keluarkan cairan yang tersumbat tu. Anak saya baru berusia 46 hari namun dah diduga dengan macam-macam penyakit.”

Foto: FB Ummi Ar Rayyan

Dia juga telah meminta netizen mendoakan kesihatan puterinya agar kembali pulih seperti sedia kala. Menurutnya lagi, anaknya yang dikenali sebagai Sofia pada awal tidak mempunyai sebarang masalah dan dilahirkan sama seperti bayi yang lain, namun secara tiba-tiba kesihatannya merudum.

“Sebelum dimasukkan ke NICU, alhamdulillah adik sihat macam biasa. Sikit pun takda cacat cela kat badan adik. Adik aktif sangat, kuat susu, kuat nangis. Happy sangat Umie waktu lahirkan adik, susukan adik.

“Namun apakan daya keesokan harinya doktor pakar datang nak check SPO2 adik, tapi malangnya SPO2 adik tak naik-naik. Naik pun dalam 84% je. Hm risaunya Umie . So doktor bawa adik pergi wad baby untuk pantau sehari.”

Tetapi alangkah terkejutnya wanita itu apabila menyedari keadaan kesihatan anaknya yang semakin meleset setelah tiba di hospital pada keesokan hari. Dia menyangkakan panggilan telefon yang dibuat oleh doktor adalah kerana anaknya sudah boleh pulang ke rumah.

Foto: FB Ummi Ar Rayyan

“Dan keesokan harinya, pukul 8 pagi macam tu doktor call Umie . Bagitahu nak jumpa Umie dengan Abi nak update pasal adik. Umie fikir masatu dah boleh bawa adik balik. Tapi bila dah sampai hospital, Umie nampak adik terbujur kaku di katil baby dengan oksigen dekat mulut, wayar hampir penuh satu badan, adik tak bergerak.

“Tambahan lagi doktor cakap adik kena sawan banyak kali. Sehinggakan kena pasang kamera dekat katil adik untuk pantau sawan adik. Misi pun kena jaga adik 24 jam.

“Banyak sakit yang adik kena tanggung. Paru-paru berdarah, usus tersumbat, buah pinggang cedera, macam-macam lagi. Sampai satu masa doktor cakap hampir semua organ dalaman adik rosak. Allahu.”

Buat anda yang nak menghulurkan sedikit bantuan bolehlah dibuat di akaun bank Saharmi binti Sahari, 7070090395 (CIMB Bank) atau boleh hubungi Ummi di Facebooknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.