Keluar ICU Lepas 13 Hari, Gelagat Pesakit Covid Menari Dengan Frontliner Mencuit Hati

Menjadi pesakit covid semestinya membuatkan seseorang itu sedih dan sudah tentu satu pengalaman yang agak sukar untuk digambarkan. Apatah lagi, jika pesakit tersebut menerima rawatan dalam tempoh yang agak lama di pusat kuarantin ataupun hospital.

Namun begitu, lain pula yang dikongsikan oleh seorang lelaki Indonesia ini apabila dia kelihatan sangat ceria sehingga merakamkan video bersama petugas hospital di aplikasi TikTok. Menerusi video tersebut, dia menunjukkan aksi tariannya bersama frontliner di hospital tersebut.

Difahamkan, jejaka yang bernama Fahmi Aditian itu telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital berkenaan setelah disahkan positif Covid-19. Malah, dia juga dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 13 hari kerana jangkitan tersebut.

Menari bersama frontliner

Menerusi video tersebut, kelihatan Fahmi sangat gembira dan bersemangat menari bersama empat orang frontliner yang bertugas di hospital berkenaan. Mereka menari sambal diiringi alunan muzik dari aplikasi TikTok.

Menurut Fahmi, walaupun mereka penat dalam menjaga kesemua pesakit tetapi mereka tetap tekun menjalankan tugas yang diamanahkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit disana.

@fahmimomo

Iya iya sus ini terakhir kita TikTokan, alhamdulillah aku membaik dan mau pindah kamar biasa. Maaf aku merepotkan kalian kemarin” 😭😭😭

♬ Cari Pacar Lagi Koplo – metzbellamy

Kongsi pengalaman semasa dirawat

Dalam pada itu, terdapat video lain yang dimuat naik lelaki ini yang turut menunjukkan pengalamannya ketika dirawat di hospital itu. Secara tidak langsung, ia dapat dijadikan sebagai iktibar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati di luar sana.

Tambahnya, Fahmi turut mendoakan agar petugas barisan hadapan diberikan ganjaran pahala yang banyak kerana sanggup berkorban masa dan merisikokan diri mereka bagi memastikan para pesakit sembuh seperti biasa.

” Ahamdullilah dah boleh ke wad biasa. Mudah-mudahan cepat sembuh dan dapat beraya dengan keluarga”

Fahmi berharap orang ramai akan mendoakannya agar cepat sembuh dan dapat keluar dari hospital untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 8.5M views, 804.9K likes dan 4.3K shares di laman TikTok.

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan kecomelan tarian TikTok yang dirakam oleh Fahmi. Malah, mereka turut mendoakan supaya Fahmi segera sembuh dan memuji semangat petugas hospital di dalam video tersebut.

“Terbaiklah frontliner”

“Semoga cepat sembuh”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

14 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

14 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

14 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

16 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

16 hours ago