fbpx
Now Reading
Sedih! Netizen Sebak Lihat Video Ibu Tunggal Berebut Anak Dengan Bekas Suami

Sedih! Netizen Sebak Lihat Video Ibu Tunggal Berebut Anak Dengan Bekas Suami

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perceraian antara suami isteri kadangkala membawa kepada perebutan hak penjagaan anak dan mengakibatkan pertengkaran atau perbalahan antara dua pihak.

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.

Berebut anak dengan bekas suami

Begitulah yang ditunjukkan di dalam video yang viral di TikTok ini apabila seorang wanita kelihatan berebut anak dengan bekas suaminya di dalam kereta.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita yang bernama @chetah_95 itu, ia memaparkan situasi dimana dia mendukung anaknya ke dalam kereta sambil menangis.

Manakala bekas suami wanita berkenaan seolah-olah tidak mahu memberikan anaknya kepada ibu sendiri.

Foto: TikTok

“Siapa cakap aku janda aku bahagia. Nak jumpa anak-anak susah bekas suami tak bagi kerjasama. Anak-anak sampai tak kenal aku mama depa, hampa ingat aku janda bahagia ka?” ujarnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Ternyata video itu mengundang sebak netizen yang berasa sedih menyaksikan ibu kandung sendiri tidak dapat meluangkan masa dengan anaknya.

Foto: TikTok

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah  mencuri perhatian ramai itu meraih sehingga 2.8M views, 243.8K likes dan 5.5K shares di TikTok

Menjengah ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan simpati atas nasib wanita itu.

Netizen beri kata semangat

Bahkan, ramai juga yang mendoakan dan memberi kata -kata semangat buat wanita tersebut supaya dia kuat menghadapi dugaan hidup.

Terdapat juga segelintir pihak menyarankan wanita itu untuk pergi ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan ke atas anaknya. Apa-apa pun semoga wanita ini diberi ketabahan dan dipermudahkan urusannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.