fbpx
Now Reading
Tular Video Pukul Warga Asing, Yusuf Azmi Tampil Cerita Apa Yang Terjadi

Tular Video Pukul Warga Asing, Yusuf Azmi Tampil Cerita Apa Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1389135744287973378?r

Semalam semalam nama aktivis terkenal Yusuf Azmi menjadi topik hangat netizem ekoran penularan satu video memperlihatkan dia dan beberapa rakannya terlibat dalam satu pergaduahan dengan seorang warga asing.

Kejadian yang berlaku di dipercayai di Kajang itu dimuat naik di laman Twitter sebelum tular ke media sosial lainnya.

Susulan dari itu polis kini sedang giat mengesan beliau dan beberapa lagi rakannya termasuk Abang Ali dan lain-lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya memulakan siasatan sebaik rakaman pergaduhan yang berlaku di alan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang tersebut diketahui pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Jelasya kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) dan boleh dihukuk penjara 2 tahun jika bersalah manakala bagi  kesalahan melanggar SOP PKPB, ia akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Cuba membersihkan namanya, Yusuf yang juga merupakan Pengerusi NGO Semboyan 1 Malaysia kemudiannya tampil menerusi satu video menceritakan kejadian sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Menurut Yusuf mereka banyak menerima aduan mengenai scammer yang mengambil kesempatan dengan menjual baju ‘Tshirt Semboyan Jihad’ versi cetak rompak yang dikeluarkannya.

Menurutnya mereka kemudian mendapati warga asing tersebut telah menawarkan satu tawaran yang tidak wujud atau dalam bahasa mudahnya cuba menipu orang ramai dengan melibatkan nama Semboyan 1 Malaysia dan sebuah kedai printing milik warga tempatan.

Tidak buat laporan polis kerana kesiankan warga asing tersebut yang tidak mempunyai permit

Jelas Yusuf Azmi lagi, dia memilih untuk tidak membuat laporan polis selepas kejadian tersebut kerana mengetahui yang warga asing tersebut tidak mempunyai permit dan dikhuatiri akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Dia juga dalam masa sama turut menafikan menjadi buruan polis sebaliknya sedang dalam perjalanan ke IPD Kajang sewaktu sedang beraksi live didalam video berkenaan.

Jelasnya dia akan kesana untuk memberi kerjasama kepada pihak polis mengenai kejadian berkenaan dalam masa sama turut memohon maaf di atas perilakunya kepada semua pihak dan berharap ianya dapat dijadikan tauladan kepada orang ramai.

Tonton video penuh di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.