fbpx
Now Reading
Gelagat Kanak-Kanak Tahan Malu Lepas Tersilap Peluk Ibu Bikin Netizen Terhibur

Gelagat Kanak-Kanak Tahan Malu Lepas Tersilap Peluk Ibu Bikin Netizen Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti ramai di antara kita yang pernah tersalah mak semasa kecil bukan? Apatah lagi, di saat-saat mencemaskan yang membuatkan kita panik dan tidak sempat mengecam siapa yang dipegang.

Namun, perkara melucukan seperti itulah yang akan diingati dan menjadi bahan ketawa apabila diingatkan semula.

Seperti video yang dimuat naik oleh wanita bernama @ecah9933 di laman TikTok ini, ia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki tersalah memeluk orang lain yang disangkakan ibunya.

Lari selepas terlanggar maskot

Insiden lucu itu dirakam ibunya sendiri iaitu pemilik akaun tersebut. Difahamkan kanak-kanak lelaki itu berlari ketakutan setelah terlanggar patung maskot.

Kanak-kanak itu kemudian pergi ke arah seorang wanita dan terus memeluknya sambil dirakam ibunya sendiri.

Terpaksa tahan malu

@ecah9933

bila anak kau salah ibu , main bedal je 🤣🤣#tiktok #fyp #fypsounds

♬ bunyi asal – EcAh DaU’s

Selepas dia menyedari bahawa dia tersilap orang, kanak-kanak lelaki berkenaan berlari semula ke arah ibunya dengan muka menahan malu. Sangat lucu!

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral di TikTok itu meraih sehingga 1.5M views, 105.8K likes dan 1.8K shares di aplikasi tersebut.

Ternyata majoriti warganet sangat terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu yang keliru dan malu selepas tersilap orang.

Selain itu, terdapat juga yang berkongsi pengalaman yang sama pernah terpeluk dan tersalah pegang tangan orang lain sewaktu mereka kecil.

“Dulu masa kecil pernah macamtu”

“Hahaha comel betul”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.