Kecewa Ditinggalkan, Lelaki Ini Balas Dendam Rompak Isteri Sendiri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dapat dibayangkan perasaan seorang wanita di Sulawesti, Indonesia apabila dia dirompak oleh seseorang yang amat dikenali. Paling mengejutkan, perompak itu merupakan suaminya sendiri.
Semasa kejadian, lelaki berusia 38 tahun itu menunggu ‘mangsanya’ di Jalan Sultan Hasanuddin, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan pada 21 April lalu.
Menurut laporan Indo Zone, pihak polis Bulukumba berjaya menangkap lelaki itu pada 2 Mei lalu atas kesalahan rompakan dan kekerasan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, AKP Bayu Wicaksono Febrianto berkata suspek telah mengikut isterinya dan menghalang laluan serta menarik rambut sebelum dia ambil telefon bimbit dan juga motosikalnya.
Dia yang telah ditangkap kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bulukumba untuk siasatan lanjut.
Menurut laporan Dream.id, suspek melakukan jenayah itu kerana kesal ditinggalkan isterinya. Wanita itu juga tak nak tinggal bersamanya di Sinjai disebabkan oleh hubungan mereka yang dah renggang.
Foto Kredit: NST