Mak Ayah Tak Pandai IT, Anak Tak Jemu Ajar Berniaga Online Walaupun Berjauhan

Di zaman yang serba moden ini, semuanya boleh dilakukan secara ‘online’. Tidak kiralah sama ada belajar ataupun kerja, peranti moden seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya banyak membantu untuk memudahkan kehidupan seharian.

Walaupun begitu, tak semua orang tahu atau pandai menggunakan media baru ini terutamanya golongan yang lebih tua. Sedangkan nak berkomunikasi dengan ahli keluarga sendiri menerusi WhatsApp pun tak berapa pandai, ini pula nak berbisnes menggunakan platform atas talian.

Tetapi ia bukannya sebuah masalah besar buat seorang pemuda ini yang tak pernah jemu mengajar ibu bapanya membuat jualan secara online walaupun terpaksa dilakukan dari jauh kerana kekangan merentas negeri.

Ibu bapa tetap semangat berniaga

Menerusi ciapan yang dikongsi sendiri oleh pemuda ini di Twitter @Din_Cheng, dia jelas bangga dengan ibu bapanya yang tetap bersemangat untuk berniaga meskipun cara baru itu sudah semestinya bukannya sesuatu yang mudah untuk mereka lakukan.

Pemuda berkenaan, Aliuddin Abd Aziz berkata masing-masing berusia 59 dan 67 tahun menetap di Alor Setar, Kedah manakala dia menetap di Bangi, Selangor.

Pertama kali berniaga pakaian

Menerusi laporan Mstar, ibu bapanya sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan tapi tahun lepas baru pertama kali menjalankan bisnes baju kurung dan kemeja. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sejak tahun lepas menyebabkan mereka terpaksa beralih ke perniagaan secara online.

Foto: Mstar

“Tahun lepas ada adik yang kini berusia 21 tahun masih belajar, berada di rumah kerana cuti semester selain mengikuti kelas online. Jadi adik yang banyak membantu mak ayah dalam operasi bisnes online mereka.

“Tapi sejak adik perempuan kembali ke kolejnya di Seremban, Negeri Sembilan bagi meneruskan pengajian, jadi tinggallah mak ayah berdua je di kampung. Pada masa sama, bisnes baju mak ayah perlu diteruskan sebagai sumber rezeki.”

Masih memerlukan bantuan walaupun dah diajar

Walaupun dah diajar untuk menjalankan bisnes secara talian, tapi ibu bapanya masih memerlukan bantuan pada setiap hari untuk mencetak ‘airway bill’ atau maklumat pelanggan dan penghantaran menerusi rujukan ‘tracking number’.

Tambahnya lagi, usia kedua-duanya mungkin menjadi sebab mereka susah untuk faham dan kadang-kadang lupa disamping tak begitu ‘familar’ dalam IT.

Foto: Mstar

Sebelum ini purata jualan adalah kira-kira 30 parcel seminggu dan jumlah itu meningkat sebanyak 20 parcel sehari sepanjang bulan Ramadan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago