fbpx
Now Reading
Sudah Dibantu Sejak 2010, Lembaga Zakat Selangor Akan Panggil Bapa 28 Anak Untuk Kaunseling

Sudah Dibantu Sejak 2010, Lembaga Zakat Selangor Akan Panggil Bapa 28 Anak Untuk Kaunseling

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial kisah sebuah keluarga besar di Klang yang hidup dalam suasana tidak kondusif dan serba kekurangan bersama 28 anak mereka.

Bukan setakat hidup dalam kedaifan malah kesemua anak-anak dari keempat-empat isteri ini langsung tidak diberikan sebarang pendidikan formal kata sukarelawan yang melawat mereka, Nur Irma.

Namun apa yang lebih mengejutkan orang ramai, adalah respon si bapa disaat ada yang sudi menawarkan bantuan untuk pendidikan anak-anaknya ke sekolah.

Lembaga Zakat Selangor sudah hulur pelbagai bantuan

Kisah ini kemudian mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor. Siapa sangka disebalik keadaan daif keluarga ini, mereka sebenarnya sudah dibantu oleh LZS sejak tahun 2010.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Saipolyazan M. Yusop, pihaknya sudahpun menghulur pelbagai jenis bantuan kepada keluarga berkenaan antaranya bantuan sewa rumah, persekolahan, kecemasan dan modal bagi membaiki keadaan keluarga itu.

Si bapa akan dipanggil untuk sesi kaunseling

Ini bermakna keluarga ini sudah lebih 1 dekad dibantu oleh pihak berkuasa. Peka dengan isu ini, Saipolyazan berkata pihaknya akan  mengadakan sesi kaunseling bersama keluaga tersebut khususnya kepada si ayah yang merupakan ketua keluarga.

Manakala anak-anak mereka yang tercicir di sekolah menengah pula akan dihantar untuk mengikuti kursus kemahiran demi mengubah nasib mereka.

“Mereka juga akan diberikan motivasi termasuk perlu menandatangani akur janji untuk berubah. Manakala, anak-anak yang tercicir di sekolah menengah dibantu dengan mencari kursus vokasional dan latihan teknikal dalam membantu meningkatkan potensi mereka,”

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M. Yusop

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.