fbpx
Now Reading
Tak Pakai Pelitup Muka Buat Content, Instafamous Dikompaun RM1,500

Tak Pakai Pelitup Muka Buat Content, Instafamous Dikompaun RM1,500

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai video adegan raya yang dihasilkan seorang instafamous yang didakwa mempersendakan alasan diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Menerusi video tersebut, dia yang berlakon cuba merentas negeri bagaimanapun telah ditahan di sebuah sekatan jalan raya(SJR) yang dikawal oleh 3 petugas keselamatan iaitu dua anggota PDRM dan seorang anggota ATM.

Dia kemudian turun dari kereta sebelum memegang kad seolah memberikan beberapa ‘alasan’ untuk melepasi SJR berkenaan.

Namun tindakannya berkongsi video berkenaa bagaimanapun memakan diri apabila dia akhirnya dikompaun sebanyak RM 1,500.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, instafamous tersebut ikenakan kompaun berkenaan selepas dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Jelas beliau, hasil semakan mendapat video tersebut dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, Putrajaya.

“Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya selebriti media sosial tersebut tidak memakai pelitup muka malah dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Mengulas lebih lanjut, Mohd Fadzil berkata  pasukan keselatan yang terbabit didalam video tersebut sebenarnya sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan IPD Putrajaya.

“Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.