fbpx
Now Reading
Tak Sanggup Tengok Member Menangis Hilang Handphone, Kawan Hadiahkan Yang Baru

Tak Sanggup Tengok Member Menangis Hilang Handphone, Kawan Hadiahkan Yang Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mempunyai kawan yang baik merupakan salah satu anugerah daripada Tuhan.

Sesiapa pun dalam dunia mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan baik yang sentiasa menyokong dan memberi pertolongan saat ditimpa kesusahan.

Kawan susah senang

Malah, siapa sahaja yang tidak bahagia apabila mempunyai kawan yang sentiasa bersama disaat senang ataupun susah.

Seperti video yang viral di TikTok baru-baru ini yang memaparkan kisah sekumpulan kawan yang membuat kejutan kepada rakannya yang baru sahaja kehilangan telefon bimbit.

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun bernama @LestariBrothers, kelihatan sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja membelikan handphone baru untuk kawan mereka.

“We love you Alang”

@lestaribrothers

kami sayang Alang ❤️ ##lestaribrothers ##fyp

♬ Steven Universe – L.Dre

Buat surprise untuk member

Mereka berbuat demikian  untuk memberi kejutan kepada seorang rakan mereka yang bernama Alang.

Difahamkan handphone kepunyaan Alang telah dicuri dan dia tidak berhenti menangis sejak daripada insiden itu.

Terharu sehingga menangis

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sejurus Alang menerima handphone tersebut, Alang kelihatan sangat terharu sehingga mengeluarkan air mata sekali lagi kerana tidak menyangka akan diberi kejutan sebegitu.

Bahkan, Alang turut memeluk kawan-kawannya sebagai tanda terima kasih dan menghargai pemberian mereka yang tidak dijangka itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap kawan-kawan Alang yang sangat baik hati dan berusaha menggembirakan rakannya yang bersedih itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.