Takut Dengan Budaya ‘Cancel’, Khairul Aming Harap Diberi Ruang Untuk Berkarya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam kehidupan ini, meletakkan ekspektasi yang tinggi pada diri sendiri adalah perkara biasa sebab kita semua mesti ada ‘goal’ sendiri. Tak kiralah goal untuk sentiasa dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, dinaikkan pangkat atau sebagainya.
Tapi kadang-kadang apa yang kita inginkan boleh jadi satu beban kalau kita terlalu berharap untuk dapatkan apa yang kita nak. Inilah sebabnya walau apa pun yang kita mahukan, ianya amat penting untuk sentiasa berjaga-jaga supaya tak akan wujud rasa kecewa dengan sebarang kemungkinan bakal terjadi di masa hadapan.
Risau dengan harapan orang ramai
Memuat naik sebuah ciapan di Twitter, Khairul Aming meluahkan rasa risau dengan harapan dan ekspektasi orang ramai diletakkan dibahunya yang mungkin boleh musnah sekiranya dia terbuat sebarang kesalahan.
Khairul Aming memang tak sangkal lagi seorang selebriti media sosial dikenali ramai menerusi video masakannya yang bersahaja.
Setiap konten masakan yang dibuat selalunya akan dibanjiri dengan komen-komen positif daripada penontonnya, tetapi perkara itu sebenarnya membuatkan dirinya berasa takut kerana dia tak mampu untuk menggalas setiap satu kehendak orang ramai.
Tambahnya lagi, dia rasa bersyukur dengan semua ‘support’ yang telah diberikan kepadanya selama ini tetapi dia tetap ingin menghasilkan konten mengikut selesaannya. Walaupun sekiranya suatu hari nanti dia kena ‘cancel’, dia lebih memilih untuk menerima situasi itu dan teruskan buat konten masakan.
Budaya ‘cancel’ tak patut dibiasakan
Menjengah ke ruangan komen, ramai memberi kata-kata semangat agar dia terus kuat berdepan dengan situasi yang sedang dihadapi. Ada juga yang berpendapat budaya ‘cancel’ ini tidak sepatutnya dibiasakan.
‘Self care’ bukan pentingkan diri sendiri
“Sebagai mak yang tak pandai memasak, your recipes sangat membantu!”
Semoga selepas ini para penonton dan penyokong Khairul Aming akan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan, barulah dia lagi seronok dan bersemangat untuk buat konten yang menarik kan?