fbpx
Now Reading
Amin Idris Tak Sangka Dapat Panggilan Dari Anak Sendiri, Dua Beranak Nangis Di Live TV

Amin Idris Tak Sangka Dapat Panggilan Dari Anak Sendiri, Dua Beranak Nangis Di Live TV

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena bulan Ramadan, stesen televisyen RTM telah membuat sebuah slot pendek bertajuk BORAK DULU #barubuka pada setiap jam 7 malam. Amin Idris merupakan pengacara untuk slot tersebut ditemani beberapa artis jemputan dan personaliti TV lain. 

Namun perkara yang mengharukan berlaku pada siaran sebelum ini ketika ‘live’ itu berlangsung.

Amin Idris menangis ketika ‘live’

@radiotelevisyenmalaysia

Sebak min tengok masa berbuka semalam 🥲 ##fypシ ##fyp ##foryoupage ##explore ##foryou ##fypdongggggggg ##rtmklik ##borakdulubarubuka ##rtm75

♬ original sound – RTM Malaysia Official

Studio itu telah menerima sebuah panggilan daripada seorang perempuan yang bernama Wardah. Namun Amin yang menjawab panggilan berasa pelik kerana pemanggil itu bercakap dengan kurang jelas dan agak lambat. Dia makin keliru apabila mendengar dialog “Daddy apa khabar, Daddy rindu akak tak?”

Tak lama kemudian, baru dia sedar perempuan itu adalah anaknya sendiri yang kini sedang belajar di sebuah asrama. Dua beranak itu tidak dapat menahan sebak kerana sudah lama tidak berjumpa dan anaknya juga terdiam seribu bahasa.

Terburai air mata rindu, terima kasih boss

Di laman Instagramnya, dia berterima kasih kepada penerbit kerana telah memberikan  kejutan buatnya dimana sedikit sebanyak mengubati rasa rindu kepada anak yang terpisah lama.

“Jatuh air mata jantan aku”

Menyaksikan reaksi menyentuh hati kedua-duanya, netizen turut tak dapat menahan sebak. Ada juga yang berpendapat ia merupakan dilema keluarga di zaman pandemik ini yang tidak dapat dielakkan ekoran pelaksaan PKP.

Masing-masing terpisah sebab PKP

Pandai RTM mainkan hati orang

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.