Arab Saudi Kongsi Foto Resolusi Tinggi Hajar Aswad Kepada Orang Ramai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat mereka yang mengerjakan umrah dan haji, mencium Hajar Aswad merupakan satu dari perkara sunnah yang di dambakan.
Namun tak semua berpeluang untuk merapatinya apatah lagi memegang dan mencium batu berbentuk bujur dengan keluasan diameter 30 sentimeter yang terletak di salah satu bucu Kaabah tersebut, disebabkan terdapat lautan manusia yang turut berhasrat perkara yang sama.
Secara ringkasnya, meskipun sifat Hajar Aswad atau Hajarul Aswad yang bermaksud batu hitam ini kerap menjadi topik perdebatan orang ramai, sebagai umat islam kita mempercayai bahawa batu ini datangnya daripada syurga dan dibawa oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT.
Dari segi warna pula, ia yang pada mulanya berwarna putih namun bertukar menjadi hitam kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama dosa-dosa yang dilakukan.
Bercerita mengenai Hajar Aswad, kerajan Arab Saudi baru-baru ini buat pertama kalinya telah berkongsi foto batu tersebut dengan resolusi yang tinggi dan secara jarak dekat.
Dimuat naik menerusi akaun IG Reasahalharmain, pastinya perkongsian tersebut menarik perhatian orang ramai memandangkan tidak ramai yang berpeluang melihat batu ini secara dekat dan terperinci.
Menerusi laporan Arab News, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci memaklumkan sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim telah diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.
Yang menariknya, 1050 foto tersebut mencapai sehingga 49,000 megapiksel dan memakan masa 7 jam untuk difotokan manakala mengambil masa lebih 50 jam untuk diproses.