Now Reading
Ini SOP PKP 3.0 Di Selangor Yang Patut Anda Tahu

Ini SOP PKP 3.0 Di Selangor Yang Patut Anda Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini merupakan hari pertama 6 daerah di Selangor kembali di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara perkara yang pasti menjadi pertanyaan orang ramai adalah : ‘Apa SOP yang akan dikenakan?.’ Jadi tanpa membuang masa di bawah kami kongsikan SOP penuhh di Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari semalam.

Tarikh berkuatkuasa : 6 Mei 2021- 17 Mei 2021

Kawasan terlibat :

Aktiviti dibenarkan :

Sektor ekonomi yang dibenarkan
Membeli/mendapatkan barang keperluan
Mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan
Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas hakim

Aktiviti tidak dibenarkan :

Pergerakan rentas daerah dalam Kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM
Pergerakan keluar dan masuk Kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM
Lain-lain aktiviti yang TIDAK Dibenarkan (rujuk senarai di bawah)

Kawalan Pergerakan

Aktiviti Kawalan Pergerakan
Pergerakan Keluar dan Masuk
Laluan KELUAR dan MASUK kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM
TIADA rentas negeri dan daerah

Jumlah Penumpang
didalam kenderaan

Kenderaan Persendirian:
Mengikut Kapasiti kenderaan
Kenderaan membawa barangan dan rantaian aktiviti ekonomi/industri: Tertakluk kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan

Pergerakan tujuan pergi dan balik dari tempat kerja

Kenderaan Persendirian/Jabatan Kerajaan/SyarikatSwasta : Mengikut Kapasiti Kenderaan
Operasi & Perkhidmatan Awam/Swasta:
Mengikut Kapasiti Kenderaan
Kebenaran merentas negeri/daerah bagi Suami isteri jarak jauh PERLU mendapatkan kebenaran PDRM
AktivitiKawalan Pergerakan

Kehadiran ke Institusi Pendidikan Sekolah/
Sekolah & Institusi pendidikan di seluruh negeri Selangor ditutup bermula pada 6 Mei 2021
Penghantaran pulang pelajar yang berada di asrama secara berperingkat mengikut ketetapan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Sesi Pembelajaran

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), selepas cuti Hari Raya Aidilfitri mengikut ketetapan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pergerakan guru/pensyarah/tenaga pengajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran

DIBENARKAN disekolah/institusi pendidikan dengan pengesahan daripada KPM/KPT

Kolej Matrikulasi

DIBENARKAN dalam tempoh PKP
Pelajar boleh meneruskan pembelajaran secara hybrid

Peperiksaan Antarabangsa, Badan Profesional serta aktiviti penyelidikan menggunakan makmal di IPT

DIBENARKAN mengikut SOP IPT berkenaan
Pergerakan perlu pengesahan oleh KPT atau IPT berkaita

Pergerakan kemasukan pelajar-pelajar asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan KPM dan KPT

DIBENARKAN dengan pengesahan dari KPM dan KPT

Pelajar yang berkeperluan

PERLU SURAT KEBENARAN merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus dari IPT berkenaan
Pelajar yang berada di asrama/institusi pendidikan DIBENARKAN DENGAN SURAT KEBENARAN dari pihak KPM/KPT/IPT
Pelajar asrama/institusi Pendidikan di Kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN pulang ke rumah
Lain-lain pergerakan
es Kecemasan:
DIBENARKAN untuk kes kematian dengan kebenaran PDRM
DIBENARKAN untuk kes bencana alam
Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu kebenaran JPBN atau JPBD dikawasan yang terjejas Bantuan disalurkan melalui PKOB kawasan tersebut
Ahli DUN dan Parlimen DIBENARKAN merentas daerah dan negeri masing-masing dengan tujuan rasmi/melawat kawasan
Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dibawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre tujuan rasmi/perniagaan DIBENARKAN dengan kebenaran PDRM

OPERASI PERNIAGAAN

Aktiviti KelulusanWaktu Operasi

Restoran, kedai/gerai makan,food truck
Penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/ kiosk
✅ 

• Bawa Pulang
• Pandu Lalu
• Penghantaran

6:00 pagi hingga 12:00 malam

DINE-IN di restoran dan hotel termasuk buffet Ramadan.

Kedai runcit, serbaneka dan farmasi
✅ 
6:00 pagi hingga 12:00 malam

Hospital, klinik dan makmal perubatan
✅ 
Beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi

Kedai Keperluan Harian
✅ 
6:00 pagi hingga 10:00 malam

Stesen Minyak
✅ 
6:00 pagi hingga 12:00 malam
Stesen Minyak di lebuhraya✅ 24 jam

Pasar harian, Pasar Tani, Pasar Awam dan Pasar Minggu (Pasar Pagi dihadkan untuk barangan keperluan harian)
✅ 
6:00 pagi hingga 2:00 petang

Pasar Borong
✅ 
12:00 pagi hingga 6:00 pagi dan 11:00 pagi hingga 4:00 petang

Klinik dan Kedai Makanan Haiwan
✅ 
6:00 pagi hingga 10:00 malam

Kedai Dobi, Kedai Cermin Mata, Pusat Cuci Kereta, Kedai Gunting Rambut, Salun (Perkhidmatan Gunting Rambut Sahaja)
• Kedai Dobi Layan Diri perlu memastikan pekerja berada di premis mengikut SOP
✅ 
6:00 pagi hingga 10:00 malam

SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN

SektorAktiviti
EkonomiOperasi Spa dan Refleksologi
HiburanAktiviti kelab malam atau Pub

Aktiviti taman tema, indoor playground, karaoke keluarga dan panggung wayang
Sukan & Rekreasi
Melibatkan sentuhan fizikal KECUALI MFL, MHL dan STL

Operasi fasiliti/premis sukan dan rekreasi tertutup, separa tertutup
dan kolam renang TANPA kawalan penyeliaan

KEHADIRAN penonton / penyokong ke stadium / venue sukan dan
rekreasi

Dijalankan secara berkumpulan MELIBATKAN SENTUHAN FIZIKAL,
TANPA kawalan penyeliaan dan MELEBIHI kapasiti yang dibenarkan.
Dijalankan di luar kawasan arahan pergerakan yang sedang
berkuatkuasa KECUALI mendapat kebenaran.

Aktiviti massa yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
Pelancongan
Ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD.

Ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri
Lain-lain tidak dibenarkan
Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan
kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

OPERASI BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI & PASAR MALAM


Bazar Ramadan

TIDAK DIBENARKAN beroperasi bermula Sabtu, 8 Mei 2021.

Bazar Aidilfitri, Pasar Malam

DIBENARKAN beroperasi sepanjang tempoh PKP sehingga jam 10:00 malam dengan syarat ketat berikut:

Jumlah pengunjung pada satu-satu masa adalah dihadkan;
Sistem nombor giliran akan dikuatkuasakan;
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk;
Lain-lain perkara yang akan diputuskan dari masa ke masa oleh pengurusan bazar/ PBT / RELA / APM.
Semua operator / pengurusan bazar wajar melantik pegawai pemantau bagi memastikan pematuhan kepada SOP.
Operator yang tidak mengikut SOP akan diberikan kompaun dan bazar terbabit akan diarah tutup serta-merta.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.